Pages

Monday, April 30, 2012

Scan baby sendiri!!


Salam Semua

Untuk pengetahuan semua, saya ni kerja di sebuah klinik swasta... tapi bukan klinik biasa, ni klinik luar biasa. Klinik ni untuk pesakit-pesakit cancer sahaja. Mostly barang di klinik menjurus kepada diagnosis. Ubat-ubatan langsung tak ada di klinik kami kecuali yang berkaitan dengan penggunaan diagnosis, bukan perubatan. Dan yang lain mesin-mesin sahaja. Mesin paling penting adalah mesin PET CT scan. So, untuk ibu-ibu mengandung, tak sesuai yer masuk klinik saya. Saya pun sekarang duduk counter menjaga telefon dan register patient sahaja.

Di klinik juga terdapat satu mesin ultrasound yang sgt uzur dan umur yer dah lama... rasa yer macam 30++ tahun kot. Mesin ni jarang digunakan kecuali jika DR memerlukan pemerhatian yang lebih teliti. Button-button pun dah tak nampak OK. Gel pun ada satu botol yang diabiskan oleh saya...(opsss..kantoi!!!!) Hehehe... Di sebabkan dah lama sgt mesin ni, kualiti imej memang tak cantik sgt, tp saya tgk sama jer dgn KK yg saya pergi. Jenama yang sama, tahun tak sure, tapi dia still ada button lagi la kan...

Saya dulu pernah bekerja di tempat lain, dan mempunyai mesin ultrasound juga. So untuk mengendalikan dan melihat secara basic tu saya tau sikit-sikit. Kalau sepenuhnya , Dr lebih tahu. Dulu saya masa belajar hanya belajar tentang mesin punya fungsi, bukan yer anatomi tubuh badan manusia untuk ultrasound, so byk belajar ketika kerja. saya bukan radiographer yer.

Boleh di katakan setiap bulan saya akan tgk my little one ni dlm perut. Kekadang tgh tgk dia bergusti, kekadang tgh tgk dia tdr , kekadang tgh tgk dia jelir lidah ..(ni TIPU!!!). Bila tgk my little one dlm perut saya...saya teruja, besar yer kuasa Allah kan... terharu, terpegun dan segala yer. Kalau rasa-rasa baby tak gerak, saya akan tgk ultarasound dan memastikan dia bergerak aktif. Alhamdulilah, bila saya buat checkup dgn DR, semua cukup sifat. Kan saya tak reti tgk sgt, just boleh tahu, jantung, tangan , kaki dan kepala jer. Kalau tgk detail, dagu, pipi, perut, otak , tak reti sgt. Boleh tgk mcm tu sahaja.

Untuk fakta baby selamat atau tidak kita buat ultrasoud tidak dapat dipastikan lagi. Saya try juga cari journal tentang ini, tp kebanyakkan mengatakn masih selamat untuk digunakan kerana tiada lagi kes kajian yang menyeluruh tentang fakta ini. Saya harap my little one saya sempurna & selamat utuk selamayer..amin.

p/s : gambar scan entry akan datang yer..

Sunday, April 29, 2012

radioaktif & UPT test



Salam semua,

Semua sedia maklum, lepas kahwin kan nak anak cepat-cepat. Tp saya awal-awal kawin nak tunggu sebulan dua dulu ..rehat sebentar, sebab kahwin ni pun penat. Nak stabil kehidupan untuk duduk berdua lagi. Nak adapt persekitaran kehidupan baru. So, planing dlm 2-3 bulan baru pikir anak. Bulan pertama kahwin, memang takder apa-apa (sebenar yer takut juga tak leh pregnant). So, lepas sebulan rasa yer mcm boleh nak terima kehidupan baru ni, terasa nak anak pulak (heeeee...gatal!!!). Tak la, mesti ada naluri nak ada anak sendiri.

Baru sebulan saya kawin, dh ramai bertanya...dh pregnant blum??? (Soklan yg logik org akan tanya lepas kahwin). Tp bukan rezeki kami pada bulan pertama.

Masuk bulan ke-2, saya rasa ada perubahan sikit pada diri sendiri. Banyak tanda-tanda luar biasa. Tanda-tanda tu ada sebelum miss P saya dtg. So kat sini dah boleh agak dah, saya akan pregnant (yakin sungguh!! ). Saya baru delayed 1 hari, terus buat UPT test!! ( tak agak.-agak kan). Alhamdulilah, positif (pada pandangan saya, walaupun semua org suruh saya repeat test balik... saya yakin positif (walaupun garisan ke 2 tak jelas, tp yakin positif!!!)..hehehehe....




(test yg tak jelas...)


Kenapa saya nak tahu awal-awal???? sebab saya bukan mcm semua bakal ibu dan ibu-ibu di luar sana yg bekerja biasa. Saya ni kerja luar biasa. Kena take note awal-awal kalau saya pregnant. Kerja saya melibatkan radioaktif yg sgt penting untuk dielakkan jika anda pregnant. Saya bukan radiographer, yg hanya mengendali mesin, tp saya bermain dgn cecair-cecair radioaktif di dlm makmal (gerun betul ayat ni....). Eh..jgn takut, kerja saya ni ikut prosedur, insyaAllah tak akan jadi apa-apa. Banyak protection dan kena memahami konsep jika nak bekerja dgn bahan radioaktif. Tp untuk mengelakan apa-apa berlaku akan datang, kena la saya mengetahui saya pregnant atau tidak. Hari jumaat saya buat test, but still masuk lab jugak, tp hari isnin saya dh declare pada bos saya, saya tak nak masuk makmal. sungguh yakin pada diri sendiri sebelum di sahkan mengandung oleh pakar perubatan....

Selepas seminggu saya dah delayed miss P saya, saya pergi ke Klinik berdekatan dan Dr tak boleh sah kan lagi, sebab sgt tak jelas..(ahakz...) Saya di suruh ulang kembali minggu hadapan. So, minggu depan yer, memang di Sah kan mengandung dengan usia kandungan baru 6 minggu. Syukur pada Allah memberi anugerah kepada saya & en husband.




Friday, April 27, 2012

Tak terlambat lagi

Salam semua,

Mesti tertanya-tanya, kenapa lambat sangat buat blog kan??? Yup, saya memang super bz women. Tak sempat nak buat blog, blog lama pun dah bersarang. Hehehe.. Saya hanya ikut cerita blogger yang lain sahaja, untuk mencari tip, pengalaman dan so on. Tetiba terdetik nak buat blog untuk tatapan si kecil di perut saya. So, dengan semangat tu, dah separuh perjalanan saya baru nak buat blog.

InsyaAllah, saya akan ceritakan dari mula pregnant sehingga sekarang. I try my best untuk siapkan semua cerita my little one ini kepada semua. Memang seronok untuk menjadi seorang ibu..
Hope semua enjoy dgn cerita saya..



My 1st entry...


Salam semua...

Welcome my new blog... (sebelum ni saya ada blog, tp cerita semasa sahaja) Blog ini khas untuk baby yang ada dlm perut ni yang makin sihat dan aktif. Coretan untuk my little one yang akan insyaAllah menjadi dewasa. Cerita, pengalaman , tip or apa sahaja mengenai yer dan baby-baby yang lain. Semoga dapat manfaat pada semua yang minat membaca. Boleh la kita bertukar-tukar link blog yer... Semoga blog ini boleh menjadi satu cerita yang menarik kepada pembaca...


 

Blog Template by BloggerCandy.com