Pages

Wednesday, March 25, 2015

Kids Activity : Ice Painting



Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Panas kan sekarang, saya dh buat aktiviti berasaskan ice. Kalau boleh mcm nak makan ice cream je hari-hari

Modal tak banyak... ini je barang yer 








  1. Finger Color (DIY sendiri kaler lagi bagus guna ood coloring )
  2. Ais kiub (Yg ni saya buat pakai acuan berbentuk, kalau bole pakai air masak mana tau budak-budak kan suka masuk mulut)
  3. Brush
  4. Dulang 





 Pastu kita mulakan la....
Apa lagi ..memang Balqis suka sangat.... mula-mula tak tau mcm mana nak main. Mama dia pun tak pandai sangat. Mama dia just kaler - kaler je...





Kebaikan ye ialah boleh up kan skill motor sensor mereka untuk merasa ais, belajar kenapa ais boleh cair, ajar mereka bentuk-bentuk yang ada, kebolehan untuk sesuaikan warna dengan ais dan paling penting mereka boleh mencipta memori.



Akhir sekali ais akan cair seperti di bawah. Kaler mmg tak akan kekal...kena terangkan kenapa tak boleh kekal... Saya just bagi tau, ais bukan material untuk kita tulis atau lukis di atasnya. Ais boleh bertukar bentuk kepada air sebab suhu lain (Ni dia pening sikit... budak 2 tahun lebih mana tau apa-apa kan). Entah Balqis dengar ker tidak yg penting kita cuba bagi penerangan.





Monday, March 23, 2015

bersarang je

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Dah lamakan tak update blog, asyik-asyik tajuk yang sama..."blog bersarang" ...hahahaha

Ok kali ni kita update blog secara rawak,

1st of all, saya updatekan Balqis Learning Progress. Tujuan sekarang buat blog nak tulis activity yang mama dia buatkan untuk Balqis. Mostly mama dia buat semua  DIY. Belajar dari blog orang or ambik dari Pinterest.

Biar blog ni jadi saksi untuk Balqis tgk apa yg dia buat masa kecik-kecik....
Biar dia trokai alam kanak-kanak dengan pelbagai imiginasi dia
Biar dia kreatif dalam kehidupan dia...
Biar dia boleh berdikari sendiri untuk masa hadapan..

Sebab dulu mak dia duduk kampung, lagi banyak imiginasi mama dia buat.
Budak sekarang acam bahaya nak lepas kan untuk bermain sendiri...


Dulu mama dia paling ingat main spaceship pakai double decker bed dengan makcik2 Balqis (adik beradik mama Balqis). Kami ada 2 lampu kat dlm bilik lampu putih dan lampu kuning yang boleh dimalapkan di siling. Tutup selimut pada katil yg bawah, tgh2 katil tu boleh buka jadi ruang untuk naik atas dan bawah letak sekali tangga kayu katil. Katil kaminkayu, senang sikit nak buat. Bila kat bumi konon2 kami pasang lampu putih, bila sampai ke angkasa kami guna lampu kuning.... Tinggi kan imiginasi kami.

Tu belum lagi mama dia main Ginny in the bottle lagi (cerita ni famous zaman dulu2). Main restoran2, panjat pokok manggis, main anah liat (tak dak main plastersin ker play dough ker), tangkap ikan, curi telur ayam main masak-masak pakai penutup tin susu...

ok..nanti saya update lagi cerita Balqis punya aktiviti. Mukadimah jer ni.. hehehe


 

Blog Template by BloggerCandy.com