Pages

Thursday, May 21, 2015

DIY playdough




Assalammualaikum & Salam sejahtera,

Hari ni nak cerita DIY playdough untuk Balqis. Rasanya ni dah kali ke 4 saya buat kan untuk Balqis. Banyak kena try and error  nak buat playdough ni sebab resepi mostly dari oversea. Suhu mereka tak sama dengan suhu Malaysia yang panas dan lembap. 


Ni bahan-bahan yer :
  1. air panas & air suhu bilik (air yang telah di masak atau di tapis)
  2. pewarna makanan (food coloring)
  3. tepung gandum
  4. garam 
  5. minyak masak yang belum digunakan
  6. bekas mengikut warna



Masa nak buat panggil sekali anak-anak join buat sekali ..


Mula-mula masukkan air panas sikit ke dalam setiap bekas. Berapa banyak yang korang nak buat, banyak tu la bekasnya.
Titiskan warna dlm 2 titis ke dalam bekas.
Masukkan 1 teh sudu garam ke dalam setiap bekas.
Kemudian titiskan setitis atau 2 titis minyak masak dan gaul sebati dengan pewarna.


Jika pewarna dah sekata,  masukkan tepung ikut sukatan yang korang suka dan masukan air pada suhu bilik sikit demi sikit sehingga menjadi doh seperti di bawah




Dah siap!!!!!

Ok untuk korang, di sebabkan guna tepung gandum, mesti letak dalam bekas bertutup jika tak digunakan sebab doh ye cepat mengeras kalau di biarkan pada suhu bilik.

Sila letak di dalam peti sejuk jika anak korang dah tak nak main dah sebab takut berkulat.

Kenapa saya letak garam sebab tak nak terjadi kulat jika saya lupa nak masukkan ke dalam peti sejuk dan boleh menyebabkan doh ni berbau.

Kenapa saya letak minyak, saya tak nak doh ni cepat mengeras bila saya biarkan terlalu lama di luar jika anak tak nak main.

Ini yg yg buat eksperimen selama 4 kali saya buat playdough. Yang pertama berkulat, tahan 3 hari je, saya buat penambahan baikkan. Kemudian, doh menjadi keras saya lebihkan titisan minyak dan bertahan 3 hari juga. Last-last saya terbaca artikel dari blogger yg juga buat DIY playdough, doh-doh ni kena masukkan ke dalam peti sejuk. Kali 3 saya buat bertahan sebulan. Sebab yer saya terlupa dan terlepas pandang yg playdough Balqis berada di kotak mainan dia. Maka jadi keras dan berkulat

Alhamdulilah, yg ke 4 saya buat masih lagi bertahan. Buat playdough sendiri ni kena extra rajin sikit.

Sebab saya buat tak beli : Balqis ni mmg suka masuk mulut semua barang mainan. Saya mula-mula mmg nak beli, tp En husband kata jangan beli takut Balqis makan. Memang betul, masa mula-mula bagi Balqis main dia makan doh tu... Lepas tu dia bg saya sebab masin!! Hehehehe

Ok kalau tak faham saya link kan sekali youtube yg saya jumpa ni...


Target cuti pantang

Assalammualaikum & Salam sejahtera,

Oh ye, tgh stuck nak buat kerja, menimbun kerja sebelum cuti panjang yg akan tiba. Adik baby makin membesar besar dan besar. Dah tak larat nk buat kerja, umur semakin tua ni.

Tak pernah nak cerita tentang adik baby kan. Alhamdulillah, next week tinggal tunggu hari je. Kaklong Balqis (ni nama balqis inshaAllah kami nak guna lepas adik baby keluar) punya aktiviti pun tak update lagi. Banyak perancangan nak buat aktiviti dgn kaklong Balqis, tp saya tak larat nak pergi beli barang-barangnye. InshaAllah juga saya nak try buat DIY sahaja mainan Kaklong dgn adik.

Sekarang aktiviti Balqis mostly pakai apa yg ada jer nak membantu develop skill tangan, kaki, otak , idea dan macam-macam rangsangan lagi. Mostly Balqis berlajar pretending. Nanti masa pantang saya kena ajar dia potty training, doa-doa dan hafalan surah 3 Qul. Ni target dulu. Kalau bole ada lagi lebih...tgk la...

Entry adik nanti kita update ye

Play dough activity

Giraffe buildup from lego  

tic toc from books

animals train
p/s : kt gambar nanti sy update kan yer

 

Blog Template by BloggerCandy.com