Pages

Tuesday, January 26, 2016

Balqis go to school

IAssalammualaikum & salam sejahtera,

Yeee, Balqis 4 years old this year. Kami dh rasakan Balqis kena pergi sekolah memandangkan Bahasa di rumah mcm apa tah... sekajp English sekejap BM sekejap Spain (cerita dora) sekejap lagi rusia ( Marsha & bear) last-last Bahasa Elian yg kami langsung tak paham.

Cari school Balqis pun byk cerita, kami bukan pilih school yg famous.  Yang penting kualiti dan kemampuan kami. Dan satu lagi dekat dengan tempat kerja saya. Harga school kat office saya ni jgn ckp la.... Ya ampun.... menangis mak dia dgr. Kalah yuran semester mama dia kat U dulu.

Demi anak kami ada cut cut sikit pembelanjaan bulanan. Disebabkan kami akan berpindah tak tau kat mana, school dekat-dekat mama dia yang penting, kalau pindah, school tak payah pindah. Sebab mama dia je yg tak pindah-pindah. Duduk la mana-mana, tempat kerja ttp sama.

Ok, kami pilih Genius Aulad. Alhamdulilah ada juga tadika bercirikan Islamic English.







Hari Pertama School mmg excited tak terkata. Terus masuk school sebab school dia mmg cantik. Mostly school Genius Aulad kat premis kedai, tp kali ni bukan, mmg kat lot rumah. 1st time pergi tgk dah jatuh hati. Kaler-kaler pun dah jatuh hati. School dia mmg sgt-sgt secure sebab ada cc tv merata tempat, pintu pun sentiasa berkunci.





Hari ke 2, dah mula menangis tak nak pergi school. Maybe sebab kawan-kawan semua Jemaah menangis.




Hari ke 3 mama dia tinggalkan je.




Minggu baru, idea baru datang, suruh dia bawa botol susu. Dah jadi apa je



Hari ke 5, mama dia hantar sampai pintu masuk je. Teacher dia ambil dari kereta. Bagus-bagus..





Yang best yer, semua teacher akan cakap proper English. Ni la yg bagus. Selalu dgr hantar anak ke sekolah medium English, tp teacher cakap pun melayu. Macam mana tu....




Ok tu review awal tahun. Nanti kita review middle year and end of year macam mana.


Sekian

Saturday, January 2, 2016

azam baru 2016

assalamamualaikum,

hahahaha, setiap tahun baru azam nak tulis blog banyak-banyak, namun cita-cita mama balqis ni ke laut.

inshaAllah akan update selalu, try untuk curi masa update blog sebelum balik opis

Kakak Balqis sekarang dh ke sekolah bukan taska lagi, harapan dia tak boring dgn apa teacher ajar..

Adik yasmin skrg perkembangan dh boleh meniarap.. tak pe biar lambat asal sihat sahaja itu pun dah bersyukur.

jumpa lagi next entry

wasalam

Tuesday, September 1, 2015

DIY huruf-huruf hijaiah ( ا ب ت)


Assalammualaikum & salam sejahtera. 

Hari ni nak share saya buat huruf-huruf hijaiyah. 
Kenapa saya buat?? Sebab utama tak ada orang yang buat 3 in 1. Means, kalau ada pun mesti huruf-huruf tanpa tanda atau huruf dengan satu tanda baris sahaja. 
Kedua sebab saya memikirkan nak guna lama means tahan lama boleh diwarisi oleh adik- adik Balqis. 
Ke 3 sebab harga di pasaran untuk huruf-huruf hijaiyah ni kalau guna kain felt mmg mahal dalam sekitar rm 50-100 ( ni anggaran sahaj). 
Ke 4 sebab mesra kepada baby, kalau ikutkan Balqis dahulu saya buat juga tp guna kertas dan kain felt. Kertas baby suka la nak gigit-gigit. Semua nak masuk mulut

Gigih mencari balik gambar lama

Barang-barang;
1) kain felt hitam putih dan merah. 

2) gum (saya beli yg untuk craf dan boleh guna untuk kain). Ni saya dpt dari kedai sportlight


3) strip (ni untuk lekatkan tanda baris). 
Selalu ada jual kat kedai bahan jahitan.


4) alatan jahit (jarum,benang, gunting dan kalau malas sgt guna la mesin jahit)


Berbalik tentang DIY. Kali ni saya guna kaler hitam putih sahaja. Nak berkaler boleh je, tp saya nak mcm nampak formal, dan sesuai juga dengan vision baby yang boleh nampak hitam putih. Ya, saya mula mengajar yasmin dari 2 bulan. Apa yg saya baca daripada parents yang lain dan buku-buku, baby dan kanak-kanak boleh menyerap apa yg kita beri seperti span. Maka, sy tak nak tunggu lama-lama untuk mengajar anak- anak saya. 

Huruf-huruf Hijaiyah saya tulis sendiri. Di atas kertas kosong, lepas tu sy tekap kan  kembali kat kain felt. Boleh juga korang google je huruf-huruf tu pastu print and tekap kan. Dah siap tekap boleh la ke proses selepas tu potong-potong. Proses ni agak renyah sikit, sebab lekok-lekok nak potong. 

Siap potong, proses seterusnya tampal guna gum. Saya cari gum ni pun kat kedai craf, dengan harapan bila basuh tak tertanggal. Jgn lupa gum sekali strip tu ye.

Proses menjahit pun renyah. Kalau saya mmg malas terus pakai mesin jahit. Mmg bengkang bengkok la. 


Ni saya try guna benang putih tak berapa nak cantik. Apa yg renyah lagi, bila jahit tu sikit-sikit sebab nak berpusing-pusing bagai..

Lepas jahit huruf jahit pula strip. Dah siap jahit strip baru ambik satu lagi kain felt putih letak kat belakang kain putih yg dh tampal dgn huruf tadi dan seterusnya jahit keliling untuk kemasan kain  tu. Kalau nk bagi keras lagi antar kain felt putih tu, bole letak kain yg buat untuk koler baju atau baju melayu tu.. Apa nama pun saya tak tau. Sila google. Boleh nampak kukuh sikit. 

Kalau nak kemas lagi mcm ni 

Guna penebuk lubang khas ni 

Semua saya google je. Saya tak buat lagi..tak ada bahan.. 

Anyway good luck dan selamat mencuba.

 

Blog Template by BloggerCandy.com