Pages

Tuesday, September 1, 2015

Imagination Games

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Hari ni cerita pasal permainan imiginasi. Dunia kanak-kanak penuh dengan imiginasi. Kita dulu pun kalau main macam-macam kita imagine kan dalam perminan. Zaman dulu mana ada gajet mcm sekarang. Kalau ada pun setakat blok dgn game SEGA tu je kot. Paling advise pun games kat computer. Tp gajet-gajet zaman dulu tak la seteruk zaman sekarang, budak-budak dah jadi addicted dgn gajet-gajet ni.

Ni termasuklah Balqis. Dia mmg tak bole jumpa HP saya sebab nak main zoomoo. Kalau tak dapat HP dia nak laptop nak tgk youtube. Kekadang takut tgk dia macam tu. Lagi-lagi bila dah dapat adik dia. Memang susah nk bg perhatian kat dia dan bermain bersama. Dia pun tantrum makin kuat sejak adik dah ada.

Harapan semoga saya lebih banyak masa dan pandai bahagi masa untuk dua-dua sekali. Sekarang masih dlam fasa untuk sesuaikan diri ank dua. Rupanya tak mudah kan.

Berbalik cerita tadi, semalam pulang dari kampong saya terus kemas rumah. Kemas bilik dulu sebab malam nak tdr dgn selesa. Habuk mmg banyak walaupun 2 minggu lepas baru je lap. Mop sekali lantai bilik. Ada karpet buluh saya pun gulung letak tepi dinding.

Lepas semua siap, semua org dh bole masuk bilik. Time sedang susukan Yasmin, Balqis datang terus ke Tarik karpet. Dia tengak kan pastu tutup. Memandangkan tikar tu tinggi dari dia, maka jadi la macam dinding kemah. Saya pun ambik selimut tutup atas tikar tu menjadi kemah. Seronok la dia.  


 Imiginasi  ni boleh membuatkan anak-anak kita tahu peranan diri dalam hidup. Selalu apa yang mereka lihat dan dengar adalah daripada pemerhatian mereka dari sekeliling dan aplikasi semula dalam diri mereka. Kita biarkan sahaja mereka ber imiginasi sambil bermain dan kita boleh join jika mereka ajak sekali bermain dengan mereka . ( from :http://life.familyeducation.com/play/toddler/53824.html)










Friday, August 14, 2015

YASMIN... Adik Balqis

Salam, 
Waaaa, lama tak update blog.  Baru naik kerja seminggu dah kelam kabut dibuatnya. Meeting sana sini. Macam sy ni keje ngan gomen. 

Ok, nak kenalkan 


Ni la adik Balqis. Nama simple je. Tak nak panjang-panjang sebab mak dia dah merasai nama panjang-panjang. Kalau orang sebut betul tak pe juga. 

Sepanjang 2 bulan lebih ada anak 2 org ni... Fuhhhhhh, mmg memenatkan. Dgn kerenah kakak Balqis lagi.. finally, dah wen-off pun balqis. Bukan senang nak wen-off kan, terpaksa berpisah tmpt tdr selama 3 malam berturut-turut. 

Ok, ni cabaran baru untuk saya. Nanti update lagi

Thursday, May 21, 2015

DIY playdough




Assalammualaikum & Salam sejahtera,

Hari ni nak cerita DIY playdough untuk Balqis. Rasanya ni dah kali ke 4 saya buat kan untuk Balqis. Banyak kena try and error  nak buat playdough ni sebab resepi mostly dari oversea. Suhu mereka tak sama dengan suhu Malaysia yang panas dan lembap. 


Ni bahan-bahan yer :
  1. air panas & air suhu bilik (air yang telah di masak atau di tapis)
  2. pewarna makanan (food coloring)
  3. tepung gandum
  4. garam 
  5. minyak masak yang belum digunakan
  6. bekas mengikut warna



Masa nak buat panggil sekali anak-anak join buat sekali ..


Mula-mula masukkan air panas sikit ke dalam setiap bekas. Berapa banyak yang korang nak buat, banyak tu la bekasnya.
Titiskan warna dlm 2 titis ke dalam bekas.
Masukkan 1 teh sudu garam ke dalam setiap bekas.
Kemudian titiskan setitis atau 2 titis minyak masak dan gaul sebati dengan pewarna.


Jika pewarna dah sekata,  masukkan tepung ikut sukatan yang korang suka dan masukan air pada suhu bilik sikit demi sikit sehingga menjadi doh seperti di bawah




Dah siap!!!!!

Ok untuk korang, di sebabkan guna tepung gandum, mesti letak dalam bekas bertutup jika tak digunakan sebab doh ye cepat mengeras kalau di biarkan pada suhu bilik.

Sila letak di dalam peti sejuk jika anak korang dah tak nak main dah sebab takut berkulat.

Kenapa saya letak garam sebab tak nak terjadi kulat jika saya lupa nak masukkan ke dalam peti sejuk dan boleh menyebabkan doh ni berbau.

Kenapa saya letak minyak, saya tak nak doh ni cepat mengeras bila saya biarkan terlalu lama di luar jika anak tak nak main.

Ini yg yg buat eksperimen selama 4 kali saya buat playdough. Yang pertama berkulat, tahan 3 hari je, saya buat penambahan baikkan. Kemudian, doh menjadi keras saya lebihkan titisan minyak dan bertahan 3 hari juga. Last-last saya terbaca artikel dari blogger yg juga buat DIY playdough, doh-doh ni kena masukkan ke dalam peti sejuk. Kali 3 saya buat bertahan sebulan. Sebab yer saya terlupa dan terlepas pandang yg playdough Balqis berada di kotak mainan dia. Maka jadi keras dan berkulat

Alhamdulilah, yg ke 4 saya buat masih lagi bertahan. Buat playdough sendiri ni kena extra rajin sikit.

Sebab saya buat tak beli : Balqis ni mmg suka masuk mulut semua barang mainan. Saya mula-mula mmg nak beli, tp En husband kata jangan beli takut Balqis makan. Memang betul, masa mula-mula bagi Balqis main dia makan doh tu... Lepas tu dia bg saya sebab masin!! Hehehehe

Ok kalau tak faham saya link kan sekali youtube yg saya jumpa ni...


 

Blog Template by BloggerCandy.com