Sekarang ni kan musim panas, aktiviti yang sesuai kita gunakan ais sebagai medium untuk menjana kretiviti anak-anak kecik. Kalau saya dulu-dulu musim panas duduk depan peti ais je. Setiap kali bulan puasa mesti setiap 5 minit nak buka peti ais kan....
So, sebagai aktiviti Balqis hari sabtu, (Saya ibu kerjaya, hari sabtu hari aktiviti khas untuk Balqis) saya men "pinterest" mencari aktivitisesuai musim panas. Kalau sana aktiviti sebegini musim panas. Saya hanya mengikut aktiviti yang mereka lakukan. Bukan semua ciptaan saya.
Ni Bahan-bahan yang diperlukan...
- Bekas ais krim
- Air (Kalau takut anak-anak termakan, letak air masak)
- pewarna makanan (food colouring)
Pekatan warna bergantung pada anda. Saya buat pekat sikit, tp masa anak main, mmg tangan dia penuh dgn warna-warni. Selepas selesai semua, mandikan Balqis semua hilang... oleh itu cari warna makanan yang boleh ditanggalkan.
Mula-mula tu kena tunjukkan macam mana nak gunakan. Lepas tu dah pandai dah.... Tu la ada lukisan santik sikit......Satu lagi, Balqis tak tau pun bekas ais krim tu adalah ais krim yg boleh di makan. Selalunya bagi terus ais krim yg beli kat luar je.. Hehehe...
Finally, ni la lukisan Balqis.
Lama-lama ais akan cair juga, kaler juga akan pudar. Aktiviti ni ambik masa hampir sejam. Bila mostly ais dah cair, saya simpan yang baki kembali ke freezer . So, boleh digunakan lagi selepas itu.
Ni masa malam pula, malam-malam pun main juga. Layan je, kalau tak melekat depan youtube sahaja.
Recommeded : 1-6 years old
No comments:
Post a Comment