IAssalammualaikum & salam sejahtera,
Yeee, Balqis 4 years old this year. Kami dh rasakan Balqis kena pergi sekolah memandangkan Bahasa di rumah mcm apa tah... sekajp English sekejap BM sekejap Spain (cerita dora) sekejap lagi rusia ( Marsha & bear) last-last Bahasa Elian yg kami langsung tak paham.
Cari school Balqis pun byk cerita, kami bukan pilih school yg famous. Yang penting kualiti dan kemampuan kami. Dan satu lagi dekat dengan tempat kerja saya. Harga school kat office saya ni jgn ckp la.... Ya ampun.... menangis mak dia dgr. Kalah yuran semester mama dia kat U dulu.
Demi anak kami ada cut cut sikit pembelanjaan bulanan. Disebabkan kami akan berpindah tak tau kat mana, school dekat-dekat mama dia yang penting, kalau pindah, school tak payah pindah. Sebab mama dia je yg tak pindah-pindah. Duduk la mana-mana, tempat kerja ttp sama.
Ok, kami pilih Genius Aulad. Alhamdulilah ada juga tadika bercirikan Islamic English.
Hari Pertama School mmg excited tak terkata. Terus masuk school sebab school dia mmg cantik. Mostly school Genius Aulad kat premis kedai, tp kali ni bukan, mmg kat lot rumah. 1st time pergi tgk dah jatuh hati. Kaler-kaler pun dah jatuh hati. School dia mmg sgt-sgt secure sebab ada cc tv merata tempat, pintu pun sentiasa berkunci.
Hari ke 2, dah mula menangis tak nak pergi school. Maybe sebab kawan-kawan semua Jemaah menangis.
Hari ke 3 mama dia tinggalkan je.
Minggu baru, idea baru datang, suruh dia bawa botol susu. Dah jadi apa je
Hari ke 5, mama dia hantar sampai pintu masuk je. Teacher dia ambil dari kereta. Bagus-bagus..
Yang best yer, semua teacher akan cakap proper English. Ni la yg bagus. Selalu dgr hantar anak ke sekolah medium English, tp teacher cakap pun melayu. Macam mana tu....
Ok tu review awal tahun. Nanti kita review middle year and end of year macam mana.
Sekian
Tuesday, January 26, 2016
Saturday, January 2, 2016
azam baru 2016
assalamamualaikum,
hahahaha, setiap tahun baru azam nak tulis blog banyak-banyak, namun cita-cita mama balqis ni ke laut.
inshaAllah akan update selalu, try untuk curi masa update blog sebelum balik opis
Kakak Balqis sekarang dh ke sekolah bukan taska lagi, harapan dia tak boring dgn apa teacher ajar..
Adik yasmin skrg perkembangan dh boleh meniarap.. tak pe biar lambat asal sihat sahaja itu pun dah bersyukur.
jumpa lagi next entry
wasalam
hahahaha, setiap tahun baru azam nak tulis blog banyak-banyak, namun cita-cita mama balqis ni ke laut.
inshaAllah akan update selalu, try untuk curi masa update blog sebelum balik opis
Kakak Balqis sekarang dh ke sekolah bukan taska lagi, harapan dia tak boring dgn apa teacher ajar..
Adik yasmin skrg perkembangan dh boleh meniarap.. tak pe biar lambat asal sihat sahaja itu pun dah bersyukur.
jumpa lagi next entry
wasalam
Tuesday, September 1, 2015
DIY huruf-huruf hijaiah ( ا ب ت)
Assalammualaikum & salam sejahtera.
Hari ni nak share saya buat huruf-huruf hijaiyah.
Kenapa saya buat?? Sebab utama tak ada orang yang buat 3 in 1. Means, kalau ada pun mesti huruf-huruf tanpa tanda atau huruf dengan satu tanda baris sahaja.
Kedua sebab saya memikirkan nak guna lama means tahan lama boleh diwarisi oleh adik- adik Balqis.
Ke 3 sebab harga di pasaran untuk huruf-huruf hijaiyah ni kalau guna kain felt mmg mahal dalam sekitar rm 50-100 ( ni anggaran sahaj).
Ke 4 sebab mesra kepada baby, kalau ikutkan Balqis dahulu saya buat juga tp guna kertas dan kain felt. Kertas baby suka la nak gigit-gigit. Semua nak masuk mulut
Gigih mencari balik gambar lama
Barang-barang;
1) kain felt hitam putih dan merah.
2) gum (saya beli yg untuk craf dan boleh guna untuk kain). Ni saya dpt dari kedai sportlight
3) strip (ni untuk lekatkan tanda baris).
Selalu ada jual kat kedai bahan jahitan.
4) alatan jahit (jarum,benang, gunting dan kalau malas sgt guna la mesin jahit)
Berbalik tentang DIY. Kali ni saya guna kaler hitam putih sahaja. Nak berkaler boleh je, tp saya nak mcm nampak formal, dan sesuai juga dengan vision baby yang boleh nampak hitam putih. Ya, saya mula mengajar yasmin dari 2 bulan. Apa yg saya baca daripada parents yang lain dan buku-buku, baby dan kanak-kanak boleh menyerap apa yg kita beri seperti span. Maka, sy tak nak tunggu lama-lama untuk mengajar anak- anak saya.
Huruf-huruf Hijaiyah saya tulis sendiri. Di atas kertas kosong, lepas tu sy tekap kan kembali kat kain felt. Boleh juga korang google je huruf-huruf tu pastu print and tekap kan. Dah siap tekap boleh la ke proses selepas tu potong-potong. Proses ni agak renyah sikit, sebab lekok-lekok nak potong.
Siap potong, proses seterusnya tampal guna gum. Saya cari gum ni pun kat kedai craf, dengan harapan bila basuh tak tertanggal. Jgn lupa gum sekali strip tu ye.
Proses menjahit pun renyah. Kalau saya mmg malas terus pakai mesin jahit. Mmg bengkang bengkok la.
Ni saya try guna benang putih tak berapa nak cantik. Apa yg renyah lagi, bila jahit tu sikit-sikit sebab nak berpusing-pusing bagai..
Lepas jahit huruf jahit pula strip. Dah siap jahit strip baru ambik satu lagi kain felt putih letak kat belakang kain putih yg dh tampal dgn huruf tadi dan seterusnya jahit keliling untuk kemasan kain tu. Kalau nk bagi keras lagi antar kain felt putih tu, bole letak kain yg buat untuk koler baju atau baju melayu tu.. Apa nama pun saya tak tau. Sila google. Boleh nampak kukuh sikit.
Imagination Games
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Hari ni cerita pasal permainan imiginasi. Dunia kanak-kanak
penuh dengan imiginasi. Kita dulu pun kalau main macam-macam kita imagine kan
dalam perminan. Zaman dulu mana ada gajet mcm sekarang. Kalau ada pun setakat blok
dgn game SEGA tu je kot. Paling advise pun games kat computer. Tp gajet-gajet
zaman dulu tak la seteruk zaman sekarang, budak-budak dah jadi addicted dgn
gajet-gajet ni.
Ni termasuklah Balqis. Dia mmg tak bole jumpa HP saya sebab
nak main zoomoo. Kalau tak dapat HP dia nak laptop nak tgk youtube. Kekadang
takut tgk dia macam tu. Lagi-lagi bila dah dapat adik dia. Memang susah nk bg
perhatian kat dia dan bermain bersama. Dia pun tantrum makin kuat sejak adik
dah ada.
Harapan semoga saya lebih banyak masa dan pandai bahagi masa
untuk dua-dua sekali. Sekarang masih dlam fasa untuk sesuaikan diri ank dua.
Rupanya tak mudah kan.
Berbalik cerita tadi, semalam pulang dari kampong saya terus
kemas rumah. Kemas bilik dulu sebab malam nak tdr dgn selesa. Habuk mmg banyak
walaupun 2 minggu lepas baru je lap. Mop sekali lantai bilik. Ada karpet buluh
saya pun gulung letak tepi dinding.
Lepas semua siap, semua org dh bole masuk bilik. Time sedang
susukan Yasmin, Balqis datang terus ke Tarik karpet. Dia tengak kan
pastu tutup. Memandangkan tikar tu tinggi dari dia, maka jadi la macam dinding
kemah. Saya pun ambik selimut tutup atas tikar tu menjadi kemah. Seronok la
dia.
Imiginasi ni boleh membuatkan anak-anak kita tahu
peranan diri dalam hidup. Selalu apa yang mereka lihat dan dengar adalah
daripada pemerhatian mereka dari sekeliling dan aplikasi semula dalam diri
mereka. Kita biarkan sahaja mereka ber imiginasi sambil bermain dan kita boleh join jika mereka ajak sekali bermain dengan mereka . ( from :http://life.familyeducation.com/play/toddler/53824.html)
Friday, August 14, 2015
YASMIN... Adik Balqis
Salam,
Waaaa, lama tak update blog. Baru naik kerja seminggu dah kelam kabut dibuatnya. Meeting sana sini. Macam sy ni keje ngan gomen.
Ok, nak kenalkan
Ni la adik Balqis. Nama simple je. Tak nak panjang-panjang sebab mak dia dah merasai nama panjang-panjang. Kalau orang sebut betul tak pe juga.
Sepanjang 2 bulan lebih ada anak 2 org ni... Fuhhhhhh, mmg memenatkan. Dgn kerenah kakak Balqis lagi.. finally, dah wen-off pun balqis. Bukan senang nak wen-off kan, terpaksa berpisah tmpt tdr selama 3 malam berturut-turut.
Ok, ni cabaran baru untuk saya. Nanti update lagi
Thursday, May 21, 2015
DIY playdough
Assalammualaikum & Salam sejahtera,
Hari ni nak cerita DIY playdough untuk Balqis. Rasanya ni dah kali ke 4 saya buat kan untuk Balqis. Banyak kena try and error nak buat playdough ni sebab resepi mostly dari oversea. Suhu mereka tak sama dengan suhu Malaysia yang panas dan lembap.
Ni bahan-bahan yer :
- air panas & air suhu bilik (air yang telah di masak atau di tapis)
- pewarna makanan (food coloring)
- tepung gandum
- garam
- minyak masak yang belum digunakan
- bekas mengikut warna
| Masa nak buat panggil sekali anak-anak join buat sekali .. |
Mula-mula masukkan air panas sikit ke dalam setiap bekas. Berapa banyak yang korang nak buat, banyak tu la bekasnya.
Titiskan warna dlm 2 titis ke dalam bekas.
Masukkan 1 teh sudu garam ke dalam setiap bekas.
Kemudian titiskan setitis atau 2 titis minyak masak dan gaul sebati dengan pewarna.
Jika pewarna dah sekata, masukkan tepung ikut sukatan yang korang suka dan masukan air pada suhu bilik sikit demi sikit sehingga menjadi doh seperti di bawah
Dah siap!!!!!
Ok untuk korang, di sebabkan guna tepung gandum, mesti letak dalam bekas bertutup jika tak digunakan sebab doh ye cepat mengeras kalau di biarkan pada suhu bilik.
Sila letak di dalam peti sejuk jika anak korang dah tak nak main dah sebab takut berkulat.
Kenapa saya letak garam sebab tak nak terjadi kulat jika saya lupa nak masukkan ke dalam peti sejuk dan boleh menyebabkan doh ni berbau.
Kenapa saya letak minyak, saya tak nak doh ni cepat mengeras bila saya biarkan terlalu lama di luar jika anak tak nak main.
Ini yg yg buat eksperimen selama 4 kali saya buat playdough. Yang pertama berkulat, tahan 3 hari je, saya buat penambahan baikkan. Kemudian, doh menjadi keras saya lebihkan titisan minyak dan bertahan 3 hari juga. Last-last saya terbaca artikel dari blogger yg juga buat DIY playdough, doh-doh ni kena masukkan ke dalam peti sejuk. Kali 3 saya buat bertahan sebulan. Sebab yer saya terlupa dan terlepas pandang yg playdough Balqis berada di kotak mainan dia. Maka jadi keras dan berkulat
Alhamdulilah, yg ke 4 saya buat masih lagi bertahan. Buat playdough sendiri ni kena extra rajin sikit.
Sebab saya buat tak beli : Balqis ni mmg suka masuk mulut semua barang mainan. Saya mula-mula mmg nak beli, tp En husband kata jangan beli takut Balqis makan. Memang betul, masa mula-mula bagi Balqis main dia makan doh tu... Lepas tu dia bg saya sebab masin!! Hehehehe
Ok kalau tak faham saya link kan sekali youtube yg saya jumpa ni...
Target cuti pantang
Assalammualaikum & Salam sejahtera,
Oh ye, tgh stuck nak buat kerja, menimbun kerja sebelum cuti panjang yg akan tiba. Adik baby makin membesar besar dan besar. Dah tak larat nk buat kerja, umur semakin tua ni.
Tak pernah nak cerita tentang adik baby kan. Alhamdulillah, next week tinggal tunggu hari je. Kaklong Balqis (ni nama balqis inshaAllah kami nak guna lepas adik baby keluar) punya aktiviti pun tak update lagi. Banyak perancangan nak buat aktiviti dgn kaklong Balqis, tp saya tak larat nak pergi beli barang-barangnye. InshaAllah juga saya nak try buat DIY sahaja mainan Kaklong dgn adik.
Sekarang aktiviti Balqis mostly pakai apa yg ada jer nak membantu develop skill tangan, kaki, otak , idea dan macam-macam rangsangan lagi. Mostly Balqis berlajar pretending. Nanti masa pantang saya kena ajar dia potty training, doa-doa dan hafalan surah 3 Qul. Ni target dulu. Kalau bole ada lagi lebih...tgk la...
Entry adik nanti kita update ye
p/s : kt gambar nanti sy update kan yer
Oh ye, tgh stuck nak buat kerja, menimbun kerja sebelum cuti panjang yg akan tiba. Adik baby makin membesar besar dan besar. Dah tak larat nk buat kerja, umur semakin tua ni.
Tak pernah nak cerita tentang adik baby kan. Alhamdulillah, next week tinggal tunggu hari je. Kaklong Balqis (ni nama balqis inshaAllah kami nak guna lepas adik baby keluar) punya aktiviti pun tak update lagi. Banyak perancangan nak buat aktiviti dgn kaklong Balqis, tp saya tak larat nak pergi beli barang-barangnye. InshaAllah juga saya nak try buat DIY sahaja mainan Kaklong dgn adik.
Sekarang aktiviti Balqis mostly pakai apa yg ada jer nak membantu develop skill tangan, kaki, otak , idea dan macam-macam rangsangan lagi. Mostly Balqis berlajar pretending. Nanti masa pantang saya kena ajar dia potty training, doa-doa dan hafalan surah 3 Qul. Ni target dulu. Kalau bole ada lagi lebih...tgk la...
Entry adik nanti kita update ye
| Play dough activity |
| Giraffe buildup from lego |
| tic toc from books |
| animals train |
Thursday, April 9, 2015
Kids Activity : Ice Pop Painting / Aktiviti Kanak-Kanak : Lukisan Menggunakan Ais Pop
Sekarang ni kan musim panas, aktiviti yang sesuai kita gunakan ais sebagai medium untuk menjana kretiviti anak-anak kecik. Kalau saya dulu-dulu musim panas duduk depan peti ais je. Setiap kali bulan puasa mesti setiap 5 minit nak buka peti ais kan....
So, sebagai aktiviti Balqis hari sabtu, (Saya ibu kerjaya, hari sabtu hari aktiviti khas untuk Balqis) saya men "pinterest" mencari aktivitisesuai musim panas. Kalau sana aktiviti sebegini musim panas. Saya hanya mengikut aktiviti yang mereka lakukan. Bukan semua ciptaan saya.
Ni Bahan-bahan yang diperlukan...
- Bekas ais krim
- Air (Kalau takut anak-anak termakan, letak air masak)
- pewarna makanan (food colouring)
Pekatan warna bergantung pada anda. Saya buat pekat sikit, tp masa anak main, mmg tangan dia penuh dgn warna-warni. Selepas selesai semua, mandikan Balqis semua hilang... oleh itu cari warna makanan yang boleh ditanggalkan.
Mula-mula tu kena tunjukkan macam mana nak gunakan. Lepas tu dah pandai dah.... Tu la ada lukisan santik sikit......Satu lagi, Balqis tak tau pun bekas ais krim tu adalah ais krim yg boleh di makan. Selalunya bagi terus ais krim yg beli kat luar je.. Hehehe...
Finally, ni la lukisan Balqis.
Lama-lama ais akan cair juga, kaler juga akan pudar. Aktiviti ni ambik masa hampir sejam. Bila mostly ais dah cair, saya simpan yang baki kembali ke freezer . So, boleh digunakan lagi selepas itu.
Ni masa malam pula, malam-malam pun main juga. Layan je, kalau tak melekat depan youtube sahaja.
Recommeded : 1-6 years old
Subscribe to:
Posts (Atom)






















