Pages

Friday, November 2, 2012

Cukur Jambul & Aqiqah

Assalammualaikum & salam sejahtera

Alhamdulilah, selesai sudah majlis Balqis. Penat mak & pak yer setelah selesai semua. Cukur Jambul memang last minit punya preparation. Majlis aqiqah memang nak buat masa raya qurban, dah dirancang sebelum Balqis keluar lagi. Cukur jambul tu, alang-alang nak buat qiqah, sekali gus jer. Nak jadikan cerita, rancang hari ahad petang terus bertukar ke Sabtu petang.

Aqiqah untuk balqis kami buat untuk dia Lembu memandangkan org buat qurban sekali. Qiqah lembu yer di Rembau, majlis di Kuala Selangor. Kan jauh tu. Papa Balqis la penat. Drive dari Klang ke Kuala Selangor hantar mama yer dulu. Pastu dr Kuala selangor ke Rembau untuk melapah lembu.

Majlis aqiqah Balqis start lepas asar. Pagi tu kul 11, nenek saudara balqis tanya, apa nak bagi org yg dtg buat marhaban. Betul juga, tak kan bagi bunga telur jer kan, baru la terpikir ada lebihan kawin hari tu, memang niat nak bagi time buat cukur jambul anak 1st. Patah balik ke Klang ambik brg2 doorgift. Last-last, barang-barang tu tak cukup. ahakz, nasib baik kedai untuk barang kawin dekat jer dari rumah. Beli jer la kat situ.

Majlis selesai lebih kurang kul 6 petang. Majlis berendoi tak buat, tak pikir pun nak buat. Kita buat apa yg mampu jer la. Maaf la nak oii, bajet majlis kamu pun dah lari. Esk hari yer baru la rambut balqis dicukur. Yang ni sunah buat hari ke 7, tapi disebabkan Balqis lahir bulan puasa, so semua tunda. Orang tua-tua kata, kalau nak cukur rambut yer, kena buat cukur jambul. Ishkz, ni boring kalau dgr kata orang tua-tua. Apa-apa pun, nak cukur kan rambut Balqis dah selesai. Berat yer sampai skrg tak timbang lagi.


Hari isnin pula, Mama & Papa Balqis tak kerja. Nak selesai kan satu lagi. Sunat kan Balqis. Kami sunatkan dia kat Az-Zahra Bangi. Harga pun ok jer, dlm RM 40 jer. Masa sunat kan Balqis, dia baru bangun tdr. Bila sunat kan, Balqis diam jer...Good Girl anak mama ni!!!. Tapi lepas tu, mama lambat sikit pakai kan pampers, awak dh menjerit nangis kuat-kuat (Balqis ni kalau tak bagi minum susu lepas bangun, akan menangis) tu la sebab dia menangis, mama dia blum bagi susu lagi. Yang tak best yer Az zahra, dia bukan rakan bayi menyusu. So, tak ada bilik nursing room. Minta tolong nurse dia carikan bilik kosong, dia bagi bilik Ultrasound.

Oh lupa nak cerita pasal pampers Balqis. Time dtg Az Zahra, macam ramai orang, giliran Balqis agak lambat juga la. Dia dah tertidur sambil mama dia dukung dia bawa masuk Az Zahra. Papa dia ada urusan lain kat KLCC. Papa Balqis tinggal kan kami berdua kat Az Zahra. Nasib baik mama dia dh ambik pampers dia masuk dlm handbag. Masa dh abis sunat kan Balqis, tukar la pampers baru. Nak dijadikan cerita, strip kat belah kanan pampers tak ada. Dah la satu jer pampers dlm handbag. Nak tak nak pakai kan jer la pampers tu walaupun tak stripkan dia. Balqis dah nangis-nangis nak cucu. Kebetulan hari tu, pakai kan baju dia besar sikit, seluar dia tak la ketat sgt. So pampers yg dia pakai tu terbuka la. Terkeluar dari seluar, ada juga orang perasan. Mama dia apa lagi, bawa dia, cari tempat tersembunyi. Nasib baik ada, betul kan dia punya pampers, nasib baik handbag mama awak ni Balqis macam poket doremon  cari-cari  ada brooch. Mama awak pin kan jer la. Awak pun pakai pampers tu sampai rumah.













 Sebelum & Selepas




2 comments:

  1. huhuhu...yg last tu mujur berdua jer...kalo tak dh jadik 3 budak botak... cm cerita dlm tv :-P

    ReplyDelete
  2. satu lg sapa nk letak? pak ngah yer ker? hehe

    ReplyDelete

 

Blog Template by BloggerCandy.com