Pages

Monday, December 24, 2012

maaf dah lama tak update

Salam Semua, 
Maaf dah lama tak update. Sikit bz, dan fyi Balqis ikut pergi office sepanjang cuti Sekolah. Babysitter dia cuti juga. Baik yer saya bagi dia cuti, kalau org lain comform dh hantar taska lain.

Bos saya mmg tak kisah la kalau nk bawa baby, memandangkan kerja melibatkan patients,  so hari selasa dan khamis sahaja yg on duty
Itu pun berlari-lari, bila dgr balqis nangis kat bilik staff nurse.
Hari lain, saya buat kerja dari belakang jer (bilik tdr nurse, yg balqis tumpang). Agak susah sikit dan terbatas sebab tak ada meja, tak ada internet dan kena layan dia kalau dia bangun. Time ni la ajar dia macam2. Seronok jer tgk dia membesar dpn mata. Tp kalau nangis, huuuuu patient yg kt depan pun bole dgr.





Wednesday, November 7, 2012

checkup 3 months


Hari ni Balqis checkup untuk 3 Bulan. Balqis dah ok duduk kat car seat dia. dh takder nak nangis2 dah... Dia pun tak meragam dah. Good girl! Nii mama  suka, lepas ni kita bole pergi jalan jalan sama2. yer...
Berat : 5.3 kg (naik 0.3)
tinggi : 64 cm 
Balqis pun ambik vaksin sudah untuk 3 bulan.
 
 

Monday, November 5, 2012

nursery rhyme

salam semua,
Hari ni cari lagu kanak kanak untuk Balqis.
Baru terbaca kat baby canter kata, bermain dgn baby sambil nyanyikan lagu kanak kanak. so, cr la kt youtube. mak dia dulu tadika kemas jer, lg english version tak ada. primary school pun lagu twinkle twinkle little star. tak kn hari hari nk nyanyi lagu sama kot. Boring Balqis.
Mak yer pun duk la menghafal lagu "raw raw raw your boat". Nak tau mak dia menghafa kat mana?
kat dalam kete

 Ha.... on the way nak balik ni. Konon -konon balik nanti bole menyanyi riang dgn Balqis. Konon-konon mama dia terer lagu-lagu  dia.
Last-last balik, ambik Balqis kat umah babysitter, dia tdr.... bw balik dia pun mengamuk.sebab kacau dia tdr....
Mlm baru la dpt nyanyikan pada dia...
Skrang ni Balqis tgh tdr.... sweet dream sayang mama. Mama sayang awak tau...











Friday, November 2, 2012

Cukur Jambul & Aqiqah

Assalammualaikum & salam sejahtera

Alhamdulilah, selesai sudah majlis Balqis. Penat mak & pak yer setelah selesai semua. Cukur Jambul memang last minit punya preparation. Majlis aqiqah memang nak buat masa raya qurban, dah dirancang sebelum Balqis keluar lagi. Cukur jambul tu, alang-alang nak buat qiqah, sekali gus jer. Nak jadikan cerita, rancang hari ahad petang terus bertukar ke Sabtu petang.

Aqiqah untuk balqis kami buat untuk dia Lembu memandangkan org buat qurban sekali. Qiqah lembu yer di Rembau, majlis di Kuala Selangor. Kan jauh tu. Papa Balqis la penat. Drive dari Klang ke Kuala Selangor hantar mama yer dulu. Pastu dr Kuala selangor ke Rembau untuk melapah lembu.

Majlis aqiqah Balqis start lepas asar. Pagi tu kul 11, nenek saudara balqis tanya, apa nak bagi org yg dtg buat marhaban. Betul juga, tak kan bagi bunga telur jer kan, baru la terpikir ada lebihan kawin hari tu, memang niat nak bagi time buat cukur jambul anak 1st. Patah balik ke Klang ambik brg2 doorgift. Last-last, barang-barang tu tak cukup. ahakz, nasib baik kedai untuk barang kawin dekat jer dari rumah. Beli jer la kat situ.

Majlis selesai lebih kurang kul 6 petang. Majlis berendoi tak buat, tak pikir pun nak buat. Kita buat apa yg mampu jer la. Maaf la nak oii, bajet majlis kamu pun dah lari. Esk hari yer baru la rambut balqis dicukur. Yang ni sunah buat hari ke 7, tapi disebabkan Balqis lahir bulan puasa, so semua tunda. Orang tua-tua kata, kalau nak cukur rambut yer, kena buat cukur jambul. Ishkz, ni boring kalau dgr kata orang tua-tua. Apa-apa pun, nak cukur kan rambut Balqis dah selesai. Berat yer sampai skrg tak timbang lagi.


Hari isnin pula, Mama & Papa Balqis tak kerja. Nak selesai kan satu lagi. Sunat kan Balqis. Kami sunatkan dia kat Az-Zahra Bangi. Harga pun ok jer, dlm RM 40 jer. Masa sunat kan Balqis, dia baru bangun tdr. Bila sunat kan, Balqis diam jer...Good Girl anak mama ni!!!. Tapi lepas tu, mama lambat sikit pakai kan pampers, awak dh menjerit nangis kuat-kuat (Balqis ni kalau tak bagi minum susu lepas bangun, akan menangis) tu la sebab dia menangis, mama dia blum bagi susu lagi. Yang tak best yer Az zahra, dia bukan rakan bayi menyusu. So, tak ada bilik nursing room. Minta tolong nurse dia carikan bilik kosong, dia bagi bilik Ultrasound.

Oh lupa nak cerita pasal pampers Balqis. Time dtg Az Zahra, macam ramai orang, giliran Balqis agak lambat juga la. Dia dah tertidur sambil mama dia dukung dia bawa masuk Az Zahra. Papa dia ada urusan lain kat KLCC. Papa Balqis tinggal kan kami berdua kat Az Zahra. Nasib baik mama dia dh ambik pampers dia masuk dlm handbag. Masa dh abis sunat kan Balqis, tukar la pampers baru. Nak dijadikan cerita, strip kat belah kanan pampers tak ada. Dah la satu jer pampers dlm handbag. Nak tak nak pakai kan jer la pampers tu walaupun tak stripkan dia. Balqis dah nangis-nangis nak cucu. Kebetulan hari tu, pakai kan baju dia besar sikit, seluar dia tak la ketat sgt. So pampers yg dia pakai tu terbuka la. Terkeluar dari seluar, ada juga orang perasan. Mama dia apa lagi, bawa dia, cari tempat tersembunyi. Nasib baik ada, betul kan dia punya pampers, nasib baik handbag mama awak ni Balqis macam poket doremon  cari-cari  ada brooch. Mama awak pin kan jer la. Awak pun pakai pampers tu sampai rumah.













 Sebelum & Selepas




Monday, October 22, 2012

Habit

Assalammualaikum & salam sejahtera

Sekarang ni Balqis dah ada hobi baru. Gigit jari, kain, baju apa sahaja yg ada pada dia. Mitten skrg dh tak pakai kan, sebab nanti mesti basah punya. biarkan jari jari dia bebas se bebas-bebas yer. Kuku dia WAJIB potong pendek-pendek.

Masa nak potong kuku dia, punya la susah. Kalau potong time tdr, mesti la dia terjaga. Pantang di usik sikit, mesti terjaga lepas tu mata terus membulat, xnak tdr lagi. Masa terjaga, tangan tu tak nak duk diam, kekadang terpotong la terlebih kat kuku. Apa lagi, radio berbunyi la. heheh. Di jadikan satu cerita, semua jari dah potong kan kuku yer kecuali ibu jari kanan sebab terpotong lebih la. Dia menangis, mak yer pujuk dia, tenang kan dia, bagi dia susu (ini paling mujarab kalau nak bagi dia berhenti nangis, nenen), bg tgk cerita sheep-sheep dia (shoun the sheep) smpai la mak dia terlupa pasal ibu jari tu tak terpotopng. Alih-alih bangun pagi semalam, alamak dh bercalar muka yer. Nasib baik papa dia tak perasan. Ahakz.

Sekarang tgh pikir, apa mainan yg sesuai untuk dia gigit-gigit. sebab bagi mainan moo-moo (lembu), bez (bee) dan flower dia pun dia tak nak pegang. Ni nak cari mainan lain pula. Adakah Balqis nak tumbuh gigi??? (guling-guling pun blum lagi)

Satu lagi hobi dia dari dulu sampai sekarang... menangis!!! Oh...ni sgt la sakit kepala bila dia dah start menangis, macam kita cubit dia. Orang kata nangis melalak. huuuu bingit rumah sampai saya tak bole buat kerja. Menangis sebab nak suruh mama dia duduk sebelah dia, papa dia pegang pun xnak. Susah mama dia nak pergi mandi dan solat. Bak kata en suami, dah macam cicak, nak melekat 24 jam... oh anak. Tak perla, semoga Balqis rapat dgn mama dia. Yg penting dengar kata mama, jgn derhaka!! hehehe..


Nak cerita pasal colic. Artikel ni saya dpt dr satu group. so kita share-share kat sini. before that, ni la gambar balqis kalau nangis..





Jom Baca tetang colic

Colic atau tangisan yang lama, kerap bukan penyakit tetapi perkara biasa berlaku pada kanak-kanak
PERTAMA kali mempunyai anak kecil, tentu sekali memeningkan kepala ibu bapa muda. Apatah lagi, anak kerap menangis, diberi susu tidak mahu, didukung pun tidak mahu. Kerap kali apa yang diberitahu doktor, anak kecil itu berhadapan ‘colic’.
Lebih menggusarkan hati apabila doktor memberitahu colic atau sawan tangis atau kerap disebut di kalangan masyarakat Melayu sebagai kembung perut adalah perkara biasa di kalangan bayi. Terbayang di minda, esak tangis anak yang perlu dilayan saban malam hingga memendek masa tidur ibu bapa.
Colic boleh menyerang setiap hari atau sekurang-kurangnya tiga hari dalam seminggu. Setiap kali menangis, ia mungkin berterusan melebihi dua hingga tiga jam.
Apakah sebenarnya colic? Benarkah ia perkara biasa di kalangan bayi?
Pakar Kanak-Kanak, Pusat Perubatan Kampung Baru (KBMC), Dr Noor Aziah Mohd Saari, berkata tiada yang lebih menggusarkan ibu bapa selain bayi yang baru lahir menangis tidak henti-henti walaupun hakikatnya bayi akan menangis.
“Tangisan adalah satu-satunya cara untuk bayi berkomunikasi dengan kita sebagai ibu bapa. Oleh itu, tangisan membawa pelbagai erti dan sebab yang berbeza.
Kadangkala bayi menangis kerana dahaga atau lapar. Mungkin juga mengantuk, ingin lebih perhatian, bosan dan mahu dibelai atau tidak mahu diganggu. Tangisan juga mungkin tanda bayi tidak sihat atau berasa tidak tenteram tanpa sebarang sebab yang pasti (bad mood),” katanya.
Untuk mententeramkan bayi yang menangis, katanya ibu bapa perlu belajar memahami keperluan bayi, gerak-geri dan tindak balasnya. Tidak semua bayi boleh ditenteramkan dengan cara yang sama. Ada bayi mudah ditenteramkan, ada bayi yang sukar berhenti menangis.
Ibu bapa perlu tahu kebanyakan bayi akan berhenti menangis selepas dibelai beberapa ketika. Namun, ada segelintir bayi yang akan menangis terlalu lama dan sukar untuk ditenteramkan,” katanya.
Dr Noor Aziah berkata, apabila bayi menangis terlalu lama tanpa sebab, sukar dipujuk malah pemeriksaan doktor mendapati bayi tidak mengalami sebarang penyakit, masalah ini dikenali sebagai ‘colic’.
“Dalam bahasa kita, keadaan ini kerap digelar sawan tangis dan sebanyak 20 peratus bayi yang baru lahir dan mencecah usia empat bulan akan menghadapi masalah colic,” katanya.
Justeru, katanya sememangnya sawan tangis boleh dianggap perkara yang biasa berlaku pada bayi. Bagaimanapun, setiap kali berlaku, ia cukup menggusarkan ibu bapa, lebih-lebih lagi jika ia berlaku melebihi tiga jam hampir setiap hari.
Dr Noor Aziah berkata, colic, sawan tangis atau kembung perut merujuk pada tangisan yang lama atau kerap. Namun, maksud ini sangat subjektif dan toleransi ibu bapa terhadap tangisan bayi juga berbeza.
“Bagi sebahagian kita, tangisan melebihi beberapa minit sudah dikira cukup lama. Bagi yang lain pula tangisan bayi melebihi beberapa jam akan mula mencemaskan. Dari sudut kajian, saintis mengambil kira tangisan yang berterusan melebihi dua hingga tiga jam sehari dan berlaku melebihi tiga kali seminggu sebagai tangisan ‘colic’.
Jelas Dr Noor Aziah, sawan tangis boleh berlaku bila-bila masa, tetapi lebih kerap berlaku selepas waktu senja dan kadangkala menjangkau lewat malam atau awal pagi.
“Walaupun sawan tangis ini tidak berbahaya dan bukan disebabkan kesakitan, bayi akan kelihatan seperti tidak selesa atau kesakitan. Bayi akan mengangkat kepala, mengangkat kakinya ke perut dan mukanya merah padam.
“Bayi juga kerap buang angin tetapi itu tidak membantunya berhenti menangis. Dalam tempoh tangisan ini, bayi tidak mahu menyusu, sukar untuk tidur dan tidak nyenyak tidur. Keadaan ini pastinya amat mencabar kesabaran ibu bapa,” katanya.
Bagaimana jika sawan tangis itu simptom masalah lain yang lebih serius?
Jika tangisan bayi anda berlaku terlalu lama, pastikan punca tangisannya. Adakah bayi menangis kerana lapar, keletihan, mahukan belaian atau pelukan ibunya atau adakah bayi terkejut kerana bunyi bising atau sentuhan yang mengejut, berasa gayat apabila pakaiannya dibuka, berasa terlalu sejuk, panas, sakit atau tidak selesa. Misalnya kerana ruam lampin.
“Jika tiada sebab yang boleh dikaitkan, bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Bayi yang mengalami colic lazimnya mengalami peningkatan berat badan yang biasa dan menyusu dengan baik seperti bayi lain,” katanya.
Dr Noor Aziah berkata, tangisan yang berpanjangan mungkin boleh dikaitkan dengan masalah yang lebih serius misalnya meningitis (jangkitan pada selaput otak).
“Bayi yang mengalami meningitis akan demam panas dan menangis tanpa henti serta amat sukar dipujuk. Dalam keadaan ini, bayi kurang menyusu dan pada peringkat lebih serius boleh mengalami sawan (seizure),” katanya.
Selain itu, masalah reflux juga kerap menyebabkan bayi menangis berpanjangan kerana kesakitan pada bahagian perut dan dada. Reflux adalah masalah yang berkaitan dengan kandungan perut yang berasid melimpah keluar ke saluran makanan esophagus dan menyebabkan bayi muntah.
“Masalah reflux yang berlebihan atau patologikal akan menyebabkan bayi kerap muntah, mual, batuk, mengalami masalah pernafasan dan berat badan tidak meningkat.
“Masalah tidak serasi kepada laktosa dalam susu juga boleh menyebabkan bayi mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah serta berat badan yang tidak meningkat. Masalah sembelit juga menyebabkan bayi menangis secara melampau,” katanya.
Bagaimanapun, bukan semua kanak-kanak berhadapan dengan masalah colic kerana ada bayi yang diserang masalah itu lebih kerap berbanding bayi lain.
“Ada ibu bapa bernasib baik kerana walaupun mempunyai anak ramai, mereka tidak pernah mengalami colic dan ada ibu bapa bernasib sebaliknya,” katanya.
Beliau berkata, daripada pemerhatian, anak pertama dan anak bongsu lebih kerap mengalami colic manakala tiada perbezaan kekerapan di antara bayi lelaki dan perempuan.

Faktor
Tiada ketahui punca utama masalah colic. Bayi colic biasanya kerap membuang angin sama ada kentut atau sendawa selepas menangis. Bagaimanapun, ada kajian menunjukkan kekerapan membuang angin itu disebabkan bayi banyak menelan udara ketika menangis.
Ada berpendapat usus bayi kurang matang dan belum berfungsi dengan baik menyebabkan colic kerap berlaku di bawah usia enam bulan. Colic dikatakan berasal daripada sistem saraf yang kurang matang. Justeru, bayi lebih mudah teruja dan tidak berupaya meleraikan tangisannya setelah mula menangis.
Bayi akan lebih terganggu oleh bunyi bising seperti televisyen, telefon atau suasana dan bunyi-bunyian yang asing. Pendedahan lebih banyak kepada bunyi akan menyebabkan bayi mengalami colic.
Pemakanan ibu yang menyusu badan juga kerap dikaitkan punca colic. Misalnya, sesetengah jenis makanan menyebabkan pengeluaran gas atau angin yang menyebabkan bayi kembung atau colic. Bagaimanapun, tiada bukti yang jelas membuktikan pendapat ini kerana tiada makanan khusus yang menyebabkan colic.
Ada juga teori yang mengatakan bahawa kurang ikatan di antara ibu dan bayi (poor maternal bonding) menyebabkan colic. Bagaimanapun, kajian membuktikan bahawa ikatan ibu dan bayi tiada kaitan dengan colic. Colic tetap berlaku walaupun ikatan perhubungan ibu dan anak sangat erat manakala ibu yang kurang erat dan prihatin pada bayinya jarang berhadapan dengan masalah bayi engalami colic.

Rawatan
Dr Noor Aziah berkata, sekiranya sesuatu masalah tidak diketahui puncanya, rawatan dan penyelesaiannya bukan sesuatu yang jelas dan dapat dibuktikan secara saintifik.
“Untuk mententeramkan bayi anda yang mengalami colic, cuba mendukung atau membedungnya sambil membuai bayi perlahan-lahan. Cuba gunakan puting jika bayi anda mahu. Bunyi getaran yang perlahan seperti peti sejuk atau mesin basuh atau pengering pakaian kadangkala membantu mententeramkan bayi,” katanya.
Beliau berkata, kadangkala bayi akan tenteram apabila menaiki kereta atau bersiar-siar di luar rumah.
“Adakala bayi mahukan perut atau belakangnya diusap perlahan-lahan. Adakalanya mandian air suam dapat mententeramkan bayi anda. Orang Asia menggunakan barut perut bayi dan minyak bayi untuk mengelakkan masuk angin dan ia juga ditiru oleh Barat. Malah, orang Barat juga mula meniru cara mengendong bayi seperti orang Asia, misalnya masyarakat dari Jawa untuk mengelakkan colic dan untuk membantu menghentikan tangisan bayi yang berpanjangan,” katanya.
Dr Noor Aziah berkata, walaupun cabaran bayi yang mengalami colic sangat menduga kesabaran, sebagai ibu bapa, mereka harus berasa lega kerana colic bukan masalah kesihatan. Masalah itu akan beransur hilang selepas bayi berusia empat hingga enam bulan.
Bayi juga tidak akan mengalami sebarang kesan daripada colic yang dialaminya ketika bayi, baik dari sudut emosi atau perkembangannya.
Colic juga katanya, bukan kerana tanda kegagalan anda mententeramkan bayi anda atau kegagalan anda menjaganya dengan baik.
"Suami isteri harus saling membantu seperti bangun malam untuk mententeramkan bayi yang sering menangis supaya masing-masing dapat cukup rehat. Dapatkan sokongan moral daripada ibu bapa atau saudara supaya anda tidak terlalu tertekan dalam menangani masalah ini,” katanya.



Tuesday, October 16, 2012

happy 3 months balqis


ni gambar balqis & papa. Balqis teman papa mengeteh kat mamak. 

Semalam bawa balqis jalan-jalan masuk UTM. Kami pergi ke pesta konvo. Saje bawa dia jalan malam. Alhamdullilah dia tak mengamuk, senang jer bawa dia. Balik umah memang tdr lena. Sampai mak dia bgn pagi-pagi kul 5, siap masak itu ini, dia tak bangun lagi. Bila kejut kan dia bangun, bgn dgn ceria. Good girl!! Mama sayang kat awak!!

Dah 3 bulan umur Balqis, mama doakan Balqis menjadi anak soleha, be a good girl & muslimah. amin

Sunday, October 14, 2012

Kembali lagi setelah diam seketika

Assalammualaikum,

saya kembali lagi setelah lama blog ni diam. Saya dah bersalin pun. Ada ker org nak baca blog saya ni.
Bila fikir-fikir balik, nak aktifkan kembali blog ni sejak si kecik dh keluar. Hope 1 day she read my writing about her. Saya menyepi pun bukan apa, sgt sibuk berulang alik dari KL- Jb untuk bekerja. Last-last bersalin awal dari jangkaan

Ok, nanti saya akan bercerita lagi ttg proses bersalin, berpantang. Cerita pregnant pun tak abis cerita kan, ni ada hati nak cerita lagi pasal bersalin pula. Ahakz. Hope lepas ni saya rajin la nak bercerita ttg my little one ni.


Ok, meh saya cerita intro jer


Nama si kecik : Balqis Binti Nor Adli
tarikh lahir : 18 Julai 2012
Masa : 3.45 pm (jam Dr)


Lahir secara normal + vacuum (mak yer tak larat nak teran..tipu!!)


ni balqis baru keluar dr oven. dlm 4 jam lepas lahir. Mama yer mamai lagi ni kesan dr ubat bius. 


Thursday, May 3, 2012

Ultrasound

8 weeks




Ni 1st pic di ambil.. Time ni belum buat lagi buku merah, tp dah gatal nak buat ultrasound. Pernah gak buat u/s di klinik masa awal-awal di sahkan pregnant, tp tak jelas dan tak nampak apa-apa. To m2b yg baru pregnant, jika anda nak buat u/s di awal minggu 4- 10 sila minum air dengan banyak bagi full kan bladder anda. Jika tak, fetus tak nampak. Sebab, bledder kita akan jadi wall, dan memudahkan untuk melihat uterus. Fetus masih kecil dan uterus kita juga masih kecil.

10 weeks

-prob menegak: pandangan sisi-


-prob melintang: pandangan hadapan-


12 weeks




Minggu ni dah boleh nampak tangan "my little one". kepala pun dh jelas, badan tak berapa jelas. Minggu ni juga uterus dah membesar sikit. Lepas ni, dah tak nampak bladder lagi sebab uterus dah naik ke atas sikit yer kawan-kawan.


13 weeks








Minggu ni dah nampak tulang belakang "my little one"


Minggu-minggu seterus yer saya ada buat u/s juga, tp gambar tak berapa clear. Baby dah besar, so pic pun tak boleh nampak full body. Hanya part tertentu. Oh..ni bukan bidang saya untuk mengenali anatomi baby dlm u/s. So, saya just ambik gambar jer, nak terang kan memang tak reti. hehehe..

Nampak yer kena belajar byk lagi ttg u/s. Lepas ni nak try buat 3D or 4D pula. Klinik saya kerja ni tak provide mesin untuk 3d ni. So, kepada sesiapa nak buat 3D & 4D, kat sini (3D 4D scan Malaysia) boleh la anda try. Pakej yg ditawarkan pun berbaloi.





Monday, April 30, 2012

Scan baby sendiri!!


Salam Semua

Untuk pengetahuan semua, saya ni kerja di sebuah klinik swasta... tapi bukan klinik biasa, ni klinik luar biasa. Klinik ni untuk pesakit-pesakit cancer sahaja. Mostly barang di klinik menjurus kepada diagnosis. Ubat-ubatan langsung tak ada di klinik kami kecuali yang berkaitan dengan penggunaan diagnosis, bukan perubatan. Dan yang lain mesin-mesin sahaja. Mesin paling penting adalah mesin PET CT scan. So, untuk ibu-ibu mengandung, tak sesuai yer masuk klinik saya. Saya pun sekarang duduk counter menjaga telefon dan register patient sahaja.

Di klinik juga terdapat satu mesin ultrasound yang sgt uzur dan umur yer dah lama... rasa yer macam 30++ tahun kot. Mesin ni jarang digunakan kecuali jika DR memerlukan pemerhatian yang lebih teliti. Button-button pun dah tak nampak OK. Gel pun ada satu botol yang diabiskan oleh saya...(opsss..kantoi!!!!) Hehehe... Di sebabkan dah lama sgt mesin ni, kualiti imej memang tak cantik sgt, tp saya tgk sama jer dgn KK yg saya pergi. Jenama yang sama, tahun tak sure, tapi dia still ada button lagi la kan...

Saya dulu pernah bekerja di tempat lain, dan mempunyai mesin ultrasound juga. So untuk mengendalikan dan melihat secara basic tu saya tau sikit-sikit. Kalau sepenuhnya , Dr lebih tahu. Dulu saya masa belajar hanya belajar tentang mesin punya fungsi, bukan yer anatomi tubuh badan manusia untuk ultrasound, so byk belajar ketika kerja. saya bukan radiographer yer.

Boleh di katakan setiap bulan saya akan tgk my little one ni dlm perut. Kekadang tgh tgk dia bergusti, kekadang tgh tgk dia tdr , kekadang tgh tgk dia jelir lidah ..(ni TIPU!!!). Bila tgk my little one dlm perut saya...saya teruja, besar yer kuasa Allah kan... terharu, terpegun dan segala yer. Kalau rasa-rasa baby tak gerak, saya akan tgk ultarasound dan memastikan dia bergerak aktif. Alhamdulilah, bila saya buat checkup dgn DR, semua cukup sifat. Kan saya tak reti tgk sgt, just boleh tahu, jantung, tangan , kaki dan kepala jer. Kalau tgk detail, dagu, pipi, perut, otak , tak reti sgt. Boleh tgk mcm tu sahaja.

Untuk fakta baby selamat atau tidak kita buat ultrasoud tidak dapat dipastikan lagi. Saya try juga cari journal tentang ini, tp kebanyakkan mengatakn masih selamat untuk digunakan kerana tiada lagi kes kajian yang menyeluruh tentang fakta ini. Saya harap my little one saya sempurna & selamat utuk selamayer..amin.

p/s : gambar scan entry akan datang yer..

Sunday, April 29, 2012

radioaktif & UPT test



Salam semua,

Semua sedia maklum, lepas kahwin kan nak anak cepat-cepat. Tp saya awal-awal kawin nak tunggu sebulan dua dulu ..rehat sebentar, sebab kahwin ni pun penat. Nak stabil kehidupan untuk duduk berdua lagi. Nak adapt persekitaran kehidupan baru. So, planing dlm 2-3 bulan baru pikir anak. Bulan pertama kahwin, memang takder apa-apa (sebenar yer takut juga tak leh pregnant). So, lepas sebulan rasa yer mcm boleh nak terima kehidupan baru ni, terasa nak anak pulak (heeeee...gatal!!!). Tak la, mesti ada naluri nak ada anak sendiri.

Baru sebulan saya kawin, dh ramai bertanya...dh pregnant blum??? (Soklan yg logik org akan tanya lepas kahwin). Tp bukan rezeki kami pada bulan pertama.

Masuk bulan ke-2, saya rasa ada perubahan sikit pada diri sendiri. Banyak tanda-tanda luar biasa. Tanda-tanda tu ada sebelum miss P saya dtg. So kat sini dah boleh agak dah, saya akan pregnant (yakin sungguh!! ). Saya baru delayed 1 hari, terus buat UPT test!! ( tak agak.-agak kan). Alhamdulilah, positif (pada pandangan saya, walaupun semua org suruh saya repeat test balik... saya yakin positif (walaupun garisan ke 2 tak jelas, tp yakin positif!!!)..hehehehe....




(test yg tak jelas...)


Kenapa saya nak tahu awal-awal???? sebab saya bukan mcm semua bakal ibu dan ibu-ibu di luar sana yg bekerja biasa. Saya ni kerja luar biasa. Kena take note awal-awal kalau saya pregnant. Kerja saya melibatkan radioaktif yg sgt penting untuk dielakkan jika anda pregnant. Saya bukan radiographer, yg hanya mengendali mesin, tp saya bermain dgn cecair-cecair radioaktif di dlm makmal (gerun betul ayat ni....). Eh..jgn takut, kerja saya ni ikut prosedur, insyaAllah tak akan jadi apa-apa. Banyak protection dan kena memahami konsep jika nak bekerja dgn bahan radioaktif. Tp untuk mengelakan apa-apa berlaku akan datang, kena la saya mengetahui saya pregnant atau tidak. Hari jumaat saya buat test, but still masuk lab jugak, tp hari isnin saya dh declare pada bos saya, saya tak nak masuk makmal. sungguh yakin pada diri sendiri sebelum di sahkan mengandung oleh pakar perubatan....

Selepas seminggu saya dah delayed miss P saya, saya pergi ke Klinik berdekatan dan Dr tak boleh sah kan lagi, sebab sgt tak jelas..(ahakz...) Saya di suruh ulang kembali minggu hadapan. So, minggu depan yer, memang di Sah kan mengandung dengan usia kandungan baru 6 minggu. Syukur pada Allah memberi anugerah kepada saya & en husband.




Friday, April 27, 2012

Tak terlambat lagi

Salam semua,

Mesti tertanya-tanya, kenapa lambat sangat buat blog kan??? Yup, saya memang super bz women. Tak sempat nak buat blog, blog lama pun dah bersarang. Hehehe.. Saya hanya ikut cerita blogger yang lain sahaja, untuk mencari tip, pengalaman dan so on. Tetiba terdetik nak buat blog untuk tatapan si kecil di perut saya. So, dengan semangat tu, dah separuh perjalanan saya baru nak buat blog.

InsyaAllah, saya akan ceritakan dari mula pregnant sehingga sekarang. I try my best untuk siapkan semua cerita my little one ini kepada semua. Memang seronok untuk menjadi seorang ibu..
Hope semua enjoy dgn cerita saya..



My 1st entry...


Salam semua...

Welcome my new blog... (sebelum ni saya ada blog, tp cerita semasa sahaja) Blog ini khas untuk baby yang ada dlm perut ni yang makin sihat dan aktif. Coretan untuk my little one yang akan insyaAllah menjadi dewasa. Cerita, pengalaman , tip or apa sahaja mengenai yer dan baby-baby yang lain. Semoga dapat manfaat pada semua yang minat membaca. Boleh la kita bertukar-tukar link blog yer... Semoga blog ini boleh menjadi satu cerita yang menarik kepada pembaca...


 

Blog Template by BloggerCandy.com