Pages

Wednesday, April 8, 2015

Kids activity : Sorting Popsicle Stick Colour



Assalammualaikum & Salam sejahtera, 


Hari ni nak cerita tentang Stick Colour ni. Ni DIY sendiri.. Semua pakai barang terbuang. Dari terbuang baik gunakan.


Ni la bahan-bahannya:

  1. Tisu Roll Toilet (Ini saya ambil dari office je. Orang melayu jarang guna. So saya minta my click office untuk kumpul kan)
  2. Water Colour
  3. Kertas A4 paper yg dh digunakan, belakang bole guna lagi
  4. Kotak leper (untuk buat base sahaja)



Warnaka ikut stick yg dibeli. Nak cari stick ni paling murah kat MR DIY. Kalau nak cr tempat lain ada juga kat stationary bahagian craft.  Memang banyak yang berwarna warni, kalau tidak selalu jumpa yang putih je kan... Satu lagi, kalau beli kat MR DIY kena jaga sikit, jangan kena dengan apa-apa unsur air. Kalau tak warna akan pudar...



Tara..........!!!!!!!! Dah siap. Macam mana saya lekatkan roll tisu tu????
Saya pakai gam UHU. Base tu saya kan balut pakai A4 paper, boleh lekat kat tisu roll.

Hari pertama saya tunjukkan kpd Balqis, dia tak tau nak buat macam mana, saya kena ajar pada dia. Saya kata "sorting with the same colour".  Dia pun faham arahan saya dan lakukan dengan jayanya. Game ni boleh buat dia fokus dan belajar mengenai colours yang ada.

Selain tu, boleh juga kita ajar mengira (counting). Alhamdulilah, Balqis dah boleh tahu num 1-20.
Kebaikan yang lain dapat develop motoring skill pada jari jari halus si kecil.









Kusyuk main ni je




Semua tempat boleh main. Simpan dalam kereta lebih digalakkan.


Recommeded this game to 1-4 years old.

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com