Pages

Tuesday, September 1, 2015

Imagination Games

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Hari ni cerita pasal permainan imiginasi. Dunia kanak-kanak penuh dengan imiginasi. Kita dulu pun kalau main macam-macam kita imagine kan dalam perminan. Zaman dulu mana ada gajet mcm sekarang. Kalau ada pun setakat blok dgn game SEGA tu je kot. Paling advise pun games kat computer. Tp gajet-gajet zaman dulu tak la seteruk zaman sekarang, budak-budak dah jadi addicted dgn gajet-gajet ni.

Ni termasuklah Balqis. Dia mmg tak bole jumpa HP saya sebab nak main zoomoo. Kalau tak dapat HP dia nak laptop nak tgk youtube. Kekadang takut tgk dia macam tu. Lagi-lagi bila dah dapat adik dia. Memang susah nk bg perhatian kat dia dan bermain bersama. Dia pun tantrum makin kuat sejak adik dah ada.

Harapan semoga saya lebih banyak masa dan pandai bahagi masa untuk dua-dua sekali. Sekarang masih dlam fasa untuk sesuaikan diri ank dua. Rupanya tak mudah kan.

Berbalik cerita tadi, semalam pulang dari kampong saya terus kemas rumah. Kemas bilik dulu sebab malam nak tdr dgn selesa. Habuk mmg banyak walaupun 2 minggu lepas baru je lap. Mop sekali lantai bilik. Ada karpet buluh saya pun gulung letak tepi dinding.

Lepas semua siap, semua org dh bole masuk bilik. Time sedang susukan Yasmin, Balqis datang terus ke Tarik karpet. Dia tengak kan pastu tutup. Memandangkan tikar tu tinggi dari dia, maka jadi la macam dinding kemah. Saya pun ambik selimut tutup atas tikar tu menjadi kemah. Seronok la dia.  


 Imiginasi  ni boleh membuatkan anak-anak kita tahu peranan diri dalam hidup. Selalu apa yang mereka lihat dan dengar adalah daripada pemerhatian mereka dari sekeliling dan aplikasi semula dalam diri mereka. Kita biarkan sahaja mereka ber imiginasi sambil bermain dan kita boleh join jika mereka ajak sekali bermain dengan mereka . ( from :http://life.familyeducation.com/play/toddler/53824.html)










3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. main khemah2 mcm kak dhia ajar la tu... x gaduh dia ngan dura ri tu cik?

      Delete
    2. a'ah.. mcm kakak dhia ajar. tak gaduh dah dgn dura

      Delete

 

Blog Template by BloggerCandy.com