Pages

Sunday, April 29, 2012

radioaktif & UPT test



Salam semua,

Semua sedia maklum, lepas kahwin kan nak anak cepat-cepat. Tp saya awal-awal kawin nak tunggu sebulan dua dulu ..rehat sebentar, sebab kahwin ni pun penat. Nak stabil kehidupan untuk duduk berdua lagi. Nak adapt persekitaran kehidupan baru. So, planing dlm 2-3 bulan baru pikir anak. Bulan pertama kahwin, memang takder apa-apa (sebenar yer takut juga tak leh pregnant). So, lepas sebulan rasa yer mcm boleh nak terima kehidupan baru ni, terasa nak anak pulak (heeeee...gatal!!!). Tak la, mesti ada naluri nak ada anak sendiri.

Baru sebulan saya kawin, dh ramai bertanya...dh pregnant blum??? (Soklan yg logik org akan tanya lepas kahwin). Tp bukan rezeki kami pada bulan pertama.

Masuk bulan ke-2, saya rasa ada perubahan sikit pada diri sendiri. Banyak tanda-tanda luar biasa. Tanda-tanda tu ada sebelum miss P saya dtg. So kat sini dah boleh agak dah, saya akan pregnant (yakin sungguh!! ). Saya baru delayed 1 hari, terus buat UPT test!! ( tak agak.-agak kan). Alhamdulilah, positif (pada pandangan saya, walaupun semua org suruh saya repeat test balik... saya yakin positif (walaupun garisan ke 2 tak jelas, tp yakin positif!!!)..hehehehe....




(test yg tak jelas...)


Kenapa saya nak tahu awal-awal???? sebab saya bukan mcm semua bakal ibu dan ibu-ibu di luar sana yg bekerja biasa. Saya ni kerja luar biasa. Kena take note awal-awal kalau saya pregnant. Kerja saya melibatkan radioaktif yg sgt penting untuk dielakkan jika anda pregnant. Saya bukan radiographer, yg hanya mengendali mesin, tp saya bermain dgn cecair-cecair radioaktif di dlm makmal (gerun betul ayat ni....). Eh..jgn takut, kerja saya ni ikut prosedur, insyaAllah tak akan jadi apa-apa. Banyak protection dan kena memahami konsep jika nak bekerja dgn bahan radioaktif. Tp untuk mengelakan apa-apa berlaku akan datang, kena la saya mengetahui saya pregnant atau tidak. Hari jumaat saya buat test, but still masuk lab jugak, tp hari isnin saya dh declare pada bos saya, saya tak nak masuk makmal. sungguh yakin pada diri sendiri sebelum di sahkan mengandung oleh pakar perubatan....

Selepas seminggu saya dah delayed miss P saya, saya pergi ke Klinik berdekatan dan Dr tak boleh sah kan lagi, sebab sgt tak jelas..(ahakz...) Saya di suruh ulang kembali minggu hadapan. So, minggu depan yer, memang di Sah kan mengandung dengan usia kandungan baru 6 minggu. Syukur pada Allah memberi anugerah kepada saya & en husband.




No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com