Pages

Monday, April 30, 2012

Scan baby sendiri!!


Salam Semua

Untuk pengetahuan semua, saya ni kerja di sebuah klinik swasta... tapi bukan klinik biasa, ni klinik luar biasa. Klinik ni untuk pesakit-pesakit cancer sahaja. Mostly barang di klinik menjurus kepada diagnosis. Ubat-ubatan langsung tak ada di klinik kami kecuali yang berkaitan dengan penggunaan diagnosis, bukan perubatan. Dan yang lain mesin-mesin sahaja. Mesin paling penting adalah mesin PET CT scan. So, untuk ibu-ibu mengandung, tak sesuai yer masuk klinik saya. Saya pun sekarang duduk counter menjaga telefon dan register patient sahaja.

Di klinik juga terdapat satu mesin ultrasound yang sgt uzur dan umur yer dah lama... rasa yer macam 30++ tahun kot. Mesin ni jarang digunakan kecuali jika DR memerlukan pemerhatian yang lebih teliti. Button-button pun dah tak nampak OK. Gel pun ada satu botol yang diabiskan oleh saya...(opsss..kantoi!!!!) Hehehe... Di sebabkan dah lama sgt mesin ni, kualiti imej memang tak cantik sgt, tp saya tgk sama jer dgn KK yg saya pergi. Jenama yang sama, tahun tak sure, tapi dia still ada button lagi la kan...

Saya dulu pernah bekerja di tempat lain, dan mempunyai mesin ultrasound juga. So untuk mengendalikan dan melihat secara basic tu saya tau sikit-sikit. Kalau sepenuhnya , Dr lebih tahu. Dulu saya masa belajar hanya belajar tentang mesin punya fungsi, bukan yer anatomi tubuh badan manusia untuk ultrasound, so byk belajar ketika kerja. saya bukan radiographer yer.

Boleh di katakan setiap bulan saya akan tgk my little one ni dlm perut. Kekadang tgh tgk dia bergusti, kekadang tgh tgk dia tdr , kekadang tgh tgk dia jelir lidah ..(ni TIPU!!!). Bila tgk my little one dlm perut saya...saya teruja, besar yer kuasa Allah kan... terharu, terpegun dan segala yer. Kalau rasa-rasa baby tak gerak, saya akan tgk ultarasound dan memastikan dia bergerak aktif. Alhamdulilah, bila saya buat checkup dgn DR, semua cukup sifat. Kan saya tak reti tgk sgt, just boleh tahu, jantung, tangan , kaki dan kepala jer. Kalau tgk detail, dagu, pipi, perut, otak , tak reti sgt. Boleh tgk mcm tu sahaja.

Untuk fakta baby selamat atau tidak kita buat ultrasoud tidak dapat dipastikan lagi. Saya try juga cari journal tentang ini, tp kebanyakkan mengatakn masih selamat untuk digunakan kerana tiada lagi kes kajian yang menyeluruh tentang fakta ini. Saya harap my little one saya sempurna & selamat utuk selamayer..amin.

p/s : gambar scan entry akan datang yer..

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com