Pages

Tuesday, September 1, 2015

DIY huruf-huruf hijaiah ( ا ب ت)


Assalammualaikum & salam sejahtera. 

Hari ni nak share saya buat huruf-huruf hijaiyah. 
Kenapa saya buat?? Sebab utama tak ada orang yang buat 3 in 1. Means, kalau ada pun mesti huruf-huruf tanpa tanda atau huruf dengan satu tanda baris sahaja. 
Kedua sebab saya memikirkan nak guna lama means tahan lama boleh diwarisi oleh adik- adik Balqis. 
Ke 3 sebab harga di pasaran untuk huruf-huruf hijaiyah ni kalau guna kain felt mmg mahal dalam sekitar rm 50-100 ( ni anggaran sahaj). 
Ke 4 sebab mesra kepada baby, kalau ikutkan Balqis dahulu saya buat juga tp guna kertas dan kain felt. Kertas baby suka la nak gigit-gigit. Semua nak masuk mulut

Gigih mencari balik gambar lama

Barang-barang;
1) kain felt hitam putih dan merah. 

2) gum (saya beli yg untuk craf dan boleh guna untuk kain). Ni saya dpt dari kedai sportlight


3) strip (ni untuk lekatkan tanda baris). 
Selalu ada jual kat kedai bahan jahitan.


4) alatan jahit (jarum,benang, gunting dan kalau malas sgt guna la mesin jahit)


Berbalik tentang DIY. Kali ni saya guna kaler hitam putih sahaja. Nak berkaler boleh je, tp saya nak mcm nampak formal, dan sesuai juga dengan vision baby yang boleh nampak hitam putih. Ya, saya mula mengajar yasmin dari 2 bulan. Apa yg saya baca daripada parents yang lain dan buku-buku, baby dan kanak-kanak boleh menyerap apa yg kita beri seperti span. Maka, sy tak nak tunggu lama-lama untuk mengajar anak- anak saya. 

Huruf-huruf Hijaiyah saya tulis sendiri. Di atas kertas kosong, lepas tu sy tekap kan  kembali kat kain felt. Boleh juga korang google je huruf-huruf tu pastu print and tekap kan. Dah siap tekap boleh la ke proses selepas tu potong-potong. Proses ni agak renyah sikit, sebab lekok-lekok nak potong. 

Siap potong, proses seterusnya tampal guna gum. Saya cari gum ni pun kat kedai craf, dengan harapan bila basuh tak tertanggal. Jgn lupa gum sekali strip tu ye.

Proses menjahit pun renyah. Kalau saya mmg malas terus pakai mesin jahit. Mmg bengkang bengkok la. 


Ni saya try guna benang putih tak berapa nak cantik. Apa yg renyah lagi, bila jahit tu sikit-sikit sebab nak berpusing-pusing bagai..

Lepas jahit huruf jahit pula strip. Dah siap jahit strip baru ambik satu lagi kain felt putih letak kat belakang kain putih yg dh tampal dgn huruf tadi dan seterusnya jahit keliling untuk kemasan kain  tu. Kalau nk bagi keras lagi antar kain felt putih tu, bole letak kain yg buat untuk koler baju atau baju melayu tu.. Apa nama pun saya tak tau. Sila google. Boleh nampak kukuh sikit. 

Kalau nak kemas lagi mcm ni 

Guna penebuk lubang khas ni 

Semua saya google je. Saya tak buat lagi..tak ada bahan.. 

Anyway good luck dan selamat mencuba.

3 comments:

  1. tgk gambar yg 1st tu, mati2 aku ingat ko dah siap jahit... huhuhu...baru nk puji nampak cantik... :-P

    ReplyDelete
  2. Dah siap la tu...betul tu gambar 1st dh siap. Tp tak tebuk lubang je..hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam,

    My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@zalora.com.my

    Thanks :)

    ReplyDelete

 

Blog Template by BloggerCandy.com