Pages

Monday, October 22, 2012

Habit

Assalammualaikum & salam sejahtera

Sekarang ni Balqis dah ada hobi baru. Gigit jari, kain, baju apa sahaja yg ada pada dia. Mitten skrg dh tak pakai kan, sebab nanti mesti basah punya. biarkan jari jari dia bebas se bebas-bebas yer. Kuku dia WAJIB potong pendek-pendek.

Masa nak potong kuku dia, punya la susah. Kalau potong time tdr, mesti la dia terjaga. Pantang di usik sikit, mesti terjaga lepas tu mata terus membulat, xnak tdr lagi. Masa terjaga, tangan tu tak nak duk diam, kekadang terpotong la terlebih kat kuku. Apa lagi, radio berbunyi la. heheh. Di jadikan satu cerita, semua jari dah potong kan kuku yer kecuali ibu jari kanan sebab terpotong lebih la. Dia menangis, mak yer pujuk dia, tenang kan dia, bagi dia susu (ini paling mujarab kalau nak bagi dia berhenti nangis, nenen), bg tgk cerita sheep-sheep dia (shoun the sheep) smpai la mak dia terlupa pasal ibu jari tu tak terpotopng. Alih-alih bangun pagi semalam, alamak dh bercalar muka yer. Nasib baik papa dia tak perasan. Ahakz.

Sekarang tgh pikir, apa mainan yg sesuai untuk dia gigit-gigit. sebab bagi mainan moo-moo (lembu), bez (bee) dan flower dia pun dia tak nak pegang. Ni nak cari mainan lain pula. Adakah Balqis nak tumbuh gigi??? (guling-guling pun blum lagi)

Satu lagi hobi dia dari dulu sampai sekarang... menangis!!! Oh...ni sgt la sakit kepala bila dia dah start menangis, macam kita cubit dia. Orang kata nangis melalak. huuuu bingit rumah sampai saya tak bole buat kerja. Menangis sebab nak suruh mama dia duduk sebelah dia, papa dia pegang pun xnak. Susah mama dia nak pergi mandi dan solat. Bak kata en suami, dah macam cicak, nak melekat 24 jam... oh anak. Tak perla, semoga Balqis rapat dgn mama dia. Yg penting dengar kata mama, jgn derhaka!! hehehe..


Nak cerita pasal colic. Artikel ni saya dpt dr satu group. so kita share-share kat sini. before that, ni la gambar balqis kalau nangis..





Jom Baca tetang colic

Colic atau tangisan yang lama, kerap bukan penyakit tetapi perkara biasa berlaku pada kanak-kanak
PERTAMA kali mempunyai anak kecil, tentu sekali memeningkan kepala ibu bapa muda. Apatah lagi, anak kerap menangis, diberi susu tidak mahu, didukung pun tidak mahu. Kerap kali apa yang diberitahu doktor, anak kecil itu berhadapan ‘colic’.
Lebih menggusarkan hati apabila doktor memberitahu colic atau sawan tangis atau kerap disebut di kalangan masyarakat Melayu sebagai kembung perut adalah perkara biasa di kalangan bayi. Terbayang di minda, esak tangis anak yang perlu dilayan saban malam hingga memendek masa tidur ibu bapa.
Colic boleh menyerang setiap hari atau sekurang-kurangnya tiga hari dalam seminggu. Setiap kali menangis, ia mungkin berterusan melebihi dua hingga tiga jam.
Apakah sebenarnya colic? Benarkah ia perkara biasa di kalangan bayi?
Pakar Kanak-Kanak, Pusat Perubatan Kampung Baru (KBMC), Dr Noor Aziah Mohd Saari, berkata tiada yang lebih menggusarkan ibu bapa selain bayi yang baru lahir menangis tidak henti-henti walaupun hakikatnya bayi akan menangis.
“Tangisan adalah satu-satunya cara untuk bayi berkomunikasi dengan kita sebagai ibu bapa. Oleh itu, tangisan membawa pelbagai erti dan sebab yang berbeza.
Kadangkala bayi menangis kerana dahaga atau lapar. Mungkin juga mengantuk, ingin lebih perhatian, bosan dan mahu dibelai atau tidak mahu diganggu. Tangisan juga mungkin tanda bayi tidak sihat atau berasa tidak tenteram tanpa sebarang sebab yang pasti (bad mood),” katanya.
Untuk mententeramkan bayi yang menangis, katanya ibu bapa perlu belajar memahami keperluan bayi, gerak-geri dan tindak balasnya. Tidak semua bayi boleh ditenteramkan dengan cara yang sama. Ada bayi mudah ditenteramkan, ada bayi yang sukar berhenti menangis.
Ibu bapa perlu tahu kebanyakan bayi akan berhenti menangis selepas dibelai beberapa ketika. Namun, ada segelintir bayi yang akan menangis terlalu lama dan sukar untuk ditenteramkan,” katanya.
Dr Noor Aziah berkata, apabila bayi menangis terlalu lama tanpa sebab, sukar dipujuk malah pemeriksaan doktor mendapati bayi tidak mengalami sebarang penyakit, masalah ini dikenali sebagai ‘colic’.
“Dalam bahasa kita, keadaan ini kerap digelar sawan tangis dan sebanyak 20 peratus bayi yang baru lahir dan mencecah usia empat bulan akan menghadapi masalah colic,” katanya.
Justeru, katanya sememangnya sawan tangis boleh dianggap perkara yang biasa berlaku pada bayi. Bagaimanapun, setiap kali berlaku, ia cukup menggusarkan ibu bapa, lebih-lebih lagi jika ia berlaku melebihi tiga jam hampir setiap hari.
Dr Noor Aziah berkata, colic, sawan tangis atau kembung perut merujuk pada tangisan yang lama atau kerap. Namun, maksud ini sangat subjektif dan toleransi ibu bapa terhadap tangisan bayi juga berbeza.
“Bagi sebahagian kita, tangisan melebihi beberapa minit sudah dikira cukup lama. Bagi yang lain pula tangisan bayi melebihi beberapa jam akan mula mencemaskan. Dari sudut kajian, saintis mengambil kira tangisan yang berterusan melebihi dua hingga tiga jam sehari dan berlaku melebihi tiga kali seminggu sebagai tangisan ‘colic’.
Jelas Dr Noor Aziah, sawan tangis boleh berlaku bila-bila masa, tetapi lebih kerap berlaku selepas waktu senja dan kadangkala menjangkau lewat malam atau awal pagi.
“Walaupun sawan tangis ini tidak berbahaya dan bukan disebabkan kesakitan, bayi akan kelihatan seperti tidak selesa atau kesakitan. Bayi akan mengangkat kepala, mengangkat kakinya ke perut dan mukanya merah padam.
“Bayi juga kerap buang angin tetapi itu tidak membantunya berhenti menangis. Dalam tempoh tangisan ini, bayi tidak mahu menyusu, sukar untuk tidur dan tidak nyenyak tidur. Keadaan ini pastinya amat mencabar kesabaran ibu bapa,” katanya.
Bagaimana jika sawan tangis itu simptom masalah lain yang lebih serius?
Jika tangisan bayi anda berlaku terlalu lama, pastikan punca tangisannya. Adakah bayi menangis kerana lapar, keletihan, mahukan belaian atau pelukan ibunya atau adakah bayi terkejut kerana bunyi bising atau sentuhan yang mengejut, berasa gayat apabila pakaiannya dibuka, berasa terlalu sejuk, panas, sakit atau tidak selesa. Misalnya kerana ruam lampin.
“Jika tiada sebab yang boleh dikaitkan, bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Bayi yang mengalami colic lazimnya mengalami peningkatan berat badan yang biasa dan menyusu dengan baik seperti bayi lain,” katanya.
Dr Noor Aziah berkata, tangisan yang berpanjangan mungkin boleh dikaitkan dengan masalah yang lebih serius misalnya meningitis (jangkitan pada selaput otak).
“Bayi yang mengalami meningitis akan demam panas dan menangis tanpa henti serta amat sukar dipujuk. Dalam keadaan ini, bayi kurang menyusu dan pada peringkat lebih serius boleh mengalami sawan (seizure),” katanya.
Selain itu, masalah reflux juga kerap menyebabkan bayi menangis berpanjangan kerana kesakitan pada bahagian perut dan dada. Reflux adalah masalah yang berkaitan dengan kandungan perut yang berasid melimpah keluar ke saluran makanan esophagus dan menyebabkan bayi muntah.
“Masalah reflux yang berlebihan atau patologikal akan menyebabkan bayi kerap muntah, mual, batuk, mengalami masalah pernafasan dan berat badan tidak meningkat.
“Masalah tidak serasi kepada laktosa dalam susu juga boleh menyebabkan bayi mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah serta berat badan yang tidak meningkat. Masalah sembelit juga menyebabkan bayi menangis secara melampau,” katanya.
Bagaimanapun, bukan semua kanak-kanak berhadapan dengan masalah colic kerana ada bayi yang diserang masalah itu lebih kerap berbanding bayi lain.
“Ada ibu bapa bernasib baik kerana walaupun mempunyai anak ramai, mereka tidak pernah mengalami colic dan ada ibu bapa bernasib sebaliknya,” katanya.
Beliau berkata, daripada pemerhatian, anak pertama dan anak bongsu lebih kerap mengalami colic manakala tiada perbezaan kekerapan di antara bayi lelaki dan perempuan.

Faktor
Tiada ketahui punca utama masalah colic. Bayi colic biasanya kerap membuang angin sama ada kentut atau sendawa selepas menangis. Bagaimanapun, ada kajian menunjukkan kekerapan membuang angin itu disebabkan bayi banyak menelan udara ketika menangis.
Ada berpendapat usus bayi kurang matang dan belum berfungsi dengan baik menyebabkan colic kerap berlaku di bawah usia enam bulan. Colic dikatakan berasal daripada sistem saraf yang kurang matang. Justeru, bayi lebih mudah teruja dan tidak berupaya meleraikan tangisannya setelah mula menangis.
Bayi akan lebih terganggu oleh bunyi bising seperti televisyen, telefon atau suasana dan bunyi-bunyian yang asing. Pendedahan lebih banyak kepada bunyi akan menyebabkan bayi mengalami colic.
Pemakanan ibu yang menyusu badan juga kerap dikaitkan punca colic. Misalnya, sesetengah jenis makanan menyebabkan pengeluaran gas atau angin yang menyebabkan bayi kembung atau colic. Bagaimanapun, tiada bukti yang jelas membuktikan pendapat ini kerana tiada makanan khusus yang menyebabkan colic.
Ada juga teori yang mengatakan bahawa kurang ikatan di antara ibu dan bayi (poor maternal bonding) menyebabkan colic. Bagaimanapun, kajian membuktikan bahawa ikatan ibu dan bayi tiada kaitan dengan colic. Colic tetap berlaku walaupun ikatan perhubungan ibu dan anak sangat erat manakala ibu yang kurang erat dan prihatin pada bayinya jarang berhadapan dengan masalah bayi engalami colic.

Rawatan
Dr Noor Aziah berkata, sekiranya sesuatu masalah tidak diketahui puncanya, rawatan dan penyelesaiannya bukan sesuatu yang jelas dan dapat dibuktikan secara saintifik.
“Untuk mententeramkan bayi anda yang mengalami colic, cuba mendukung atau membedungnya sambil membuai bayi perlahan-lahan. Cuba gunakan puting jika bayi anda mahu. Bunyi getaran yang perlahan seperti peti sejuk atau mesin basuh atau pengering pakaian kadangkala membantu mententeramkan bayi,” katanya.
Beliau berkata, kadangkala bayi akan tenteram apabila menaiki kereta atau bersiar-siar di luar rumah.
“Adakala bayi mahukan perut atau belakangnya diusap perlahan-lahan. Adakalanya mandian air suam dapat mententeramkan bayi anda. Orang Asia menggunakan barut perut bayi dan minyak bayi untuk mengelakkan masuk angin dan ia juga ditiru oleh Barat. Malah, orang Barat juga mula meniru cara mengendong bayi seperti orang Asia, misalnya masyarakat dari Jawa untuk mengelakkan colic dan untuk membantu menghentikan tangisan bayi yang berpanjangan,” katanya.
Dr Noor Aziah berkata, walaupun cabaran bayi yang mengalami colic sangat menduga kesabaran, sebagai ibu bapa, mereka harus berasa lega kerana colic bukan masalah kesihatan. Masalah itu akan beransur hilang selepas bayi berusia empat hingga enam bulan.
Bayi juga tidak akan mengalami sebarang kesan daripada colic yang dialaminya ketika bayi, baik dari sudut emosi atau perkembangannya.
Colic juga katanya, bukan kerana tanda kegagalan anda mententeramkan bayi anda atau kegagalan anda menjaganya dengan baik.
"Suami isteri harus saling membantu seperti bangun malam untuk mententeramkan bayi yang sering menangis supaya masing-masing dapat cukup rehat. Dapatkan sokongan moral daripada ibu bapa atau saudara supaya anda tidak terlalu tertekan dalam menangani masalah ini,” katanya.



3 comments:

  1. Comel jer Balqis... hehe.. Bnyk2 sbr yer mama balqis..

    Yg Psl colic tu pjg sgt la.. feah mls nk baca.. ahak!!! :D

    ReplyDelete
  2. feah: ahakz.. nanti dh kuar baby baru baca yer..

    ReplyDelete
  3. Gmbr 1st tu lucu la tgk mulut balqis.. hehe..
    kuat nanes yer adik miau2 dgn fafa2 ne.. hehe

    ReplyDelete

 

Blog Template by BloggerCandy.com