Pages

Sunday, June 1, 2014

Toddlers Activity : Finger Paint (Freestyle)


Saya ibu bekerjaya, oleh itu hari sabtu adalah hari bawa Balqis ke office. Taska tutup di sebabkan Johor cuti Jumaat, yang bukan gomen punya org pula cuti hari ahad, dan taska balqis terpaksa buka hari-hari... dan last sekali diaorg kata sabtu dah cuti...cikgu nak cuti juga..kesian kan... Hope lepas ni Sultan Johor memahami la kami yang tak sama cuti ni dengan yg lain. Cerita lain pula.... 

Maka  Cik Balqis ni akan ikut mama ye setiap Sabtu ke Office. Dari buang masa duduk sahaja kat office tu, buat la activity dengan Balqis. Saya try main water colour dgn dia... So, memandangkan umur dia bwh 3 tahun, still dikira toddler, susah nak dgr arahan...kena la cari bahan yang non toxic, selamat untuk kanak-kanak.. Saya pun jumpa ini... 

 
Finger paint from POP ART






Saya terjumpa ni masa nak pergi beli buku Balqis. Nampak ada promotion, terus grab beli... Dah lama beli baru pakai ... Yang best yer saya tetarik sebab tgk budak yg model tu letak kat tangan.

 
Nampak tu dia kata apa (saje bg gambar besar)






Baju Hujan (supaya baju tak kotor), Old paper news, kayu or lidi (untuk godek-godek kaler), Span, Drawing paper
Lepas tu saya sediakan semua bahan macam kat atas tu. Baju hujan tu konon-konon untuk tak kotor kan baju dia. Tapi masa beli tu saiz tu paling kecik, dan bagi Balqis saiz tu agak besar. Dia pun tak nak la pakai. Maka saya bukak kan baju dia.. 

Mula-mula tu tak nak juga, mama dia yg terpaksa main sorang-sorang. Mula-mula try pakai kan kaler tu kat tangan, takut betul dia... last-last tangkap dia saya kaler kan dekat kaki. Dia pun macam teruja la ... macam best je...macam seronok jer.... 


Dan kemudian......


Teruja sampai tak nak berhenti.... Terpaksa la angkat dia bawa pergi bilik membasuh kat office ni (baguskan office ada bilik membasuh siap boleh mandi)

Nampak tak comot yer
Comot kan... Ni pun siap gigi dia nak kalerkan juga
Alahai anak...

Free Style finger paint
Ni la hasil lukisan Master pics Cik Balqis








Kalau di ikutkan Wikipedia, Finger Paint ni adalah salah satu bentuk terapi untuk kanak-kanak memahirkan skill motor jari-jari kepada mereka. Selain itu, lukisan juga bole menunjukan eksperasi mood kanak-kanak.

Pendedahan dgn Finger paint ni bole juga mengajar mereka mengenai colour yang di guna. Insyaallah lepas ni nak ajar pula guna teknik brush, straw and so on. Dan mungkin ajar balqis mix colour untuk dapat tone yg lain...
 



2 comments:

  1. bleh jadik picasso balqis ni...heheheh :-)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

 

Blog Template by BloggerCandy.com